iklan

Followers

Pages

Monday 14 March 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA

Hari ni Ben Ashaari agak jiwang di sebalik badannya yang berketul-ketul tu. Aku tahu jiwanya halus dan sensitif sebenarnya. Jangan takut dan panik kalau terjumpa orang-orang macam dia ni. Ben mengajak rakan-rakan blogger meluahkan rahsia cinta masing-masing. Ada niat juga nak cari gaduh hal berkaitan cinta antara blogger lelaki dan wanita sebab tajuk segmen dia pun SEGMEN CARI GADUH : LELAKI vs PEREMPUAN.

Biasalah... banner si pemalu ni kena letak juga!

Berminat nak join? Klik sini!

Ini soalan yang perlu ku jawap kerana aku blogger PEREMPUAN ..
  1. LELAKI pilihan anda ?
    Kalau sebut hubby aku bukannya korang kenal pun. Aku bagi nama yang glamourlah... yang hensem macam Brad Pitt boleh? Yang penting hubby tetap comel di mata aku.

  2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
    Perlu di waktu yang memerlukan! Ha..ha..! Definasinya adalah gayanya yang menggoda di waktu yang sepatutnya..ehhh! Tak seksi pun kalau setakat pakai kain pelikat je.

  3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
    Betul! Ada yang sanggup berkorban demi buah hatinya yang tercinta. Ada juga yang berkorban sebelum dapat dan suka makan luar bila dah dapat 'rasa'. Tapi cinta hatiku berkorban tenaga, usaha, perasaan dan harta untuk kebahagianku sekarang dan untuk hari tua kami bersama. Pengorbanan yang hanya mampu diungkap olehku kerana dia memang sangat pemalu untuk menerangkan segalanya.

  4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
    Bolehlah kot kalau bagi elaun RM5,000 sebulan...he..he.. Larat ke? Senget pulak bahu cinta hatiku tu nanti. Mana nak layan madu aku, pening dengan kerenah manja aku lagi. Anak-anak pulak kuat makan belaka. Aku kesian kat hubby aku sebenarnya.

  5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain, apakah yang akan anda lakukan ?
    Nak berkenalan dengan teman wanita tu. Selidik apa kelebihan dia yang mana aku boleh buat sama. Check berapa banyak RM dah banyak habis kat wanita tu dan berapa kerap keluar dating. Boleh le nak claim yang sama kat pasangan aku nanti. Aku interview le wanita tu apa yang dia tahu tentang kelebihan dan kekurangan pasangan aku untuk next action.

  6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
    Zaman sekarang aku tengok sama naik je curangnya. Bukan kira lelaki atau perempuan dah. Dulu-dulu mungkin le selalu dengar lelaki tetapi sekarang perempuan pun nak bersaing jugaklah tu. Adoii!

  7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
    Setia, itu individu juga tak kira lelaki atau perempuan. Bukti pun dah tak boleh pakai sangat. Kadang-kadang bukti boleh dicipta dan dikaburi dengan wang. Amboi!

  8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
    Aku mudah terdetik cemburu di hati namun cuba menyekat dari terluah di mulut hingga aku tau cerita sebenar atau meredakan dengan masa untuk berfikir dengan lebih rasional.

25 comments:

Ayuni said...

hikhik, setuju psl bermadu tu!

Liza @ Adzriel AB said...

Ayuni : rela dlm paksa.. *(^_^)*

Liza @ Adzriel AB said...

apisv2 : apisv2 pun join ye..

Unknown said...

lelaki seksi adalah lelaki berambut kerinting
dan bukan rambut korea

Entri Terkini; SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA

solomolo said...

macam-macam japawan ada...
ser0nok baca...


salam ziarah dari segmen soal hati En Ben...

Fyqa said...

suka baca pndpat org..

:)

salam singgah kak.
dri segmen yg sma

http://fyqafullstop.blogspot.com/2011/03/segmen-cari-gaduh-lelaki-vs-perempuan.html

4miN93~~ said...

kunjungi dr blog abg ben...

orng kata bermadu best kot..
HAHAH !!

Unknown said...

Elaun rm5000 ?? HAHA.

:: cikNuurul :: said...

salam,.
ahakss,snggah sni dr blog abg ben,.hehe,.suke point yg last,.ade btolnyer,.tu ats kesabarn sseorg kn,.hee,jmpot snggah blog sy ye,.

Liza @ Adzriel AB said...

azizul : boleh pintal dengan jari dgn gaya seksi ye?? he..he..

Liza @ Adzriel AB said...

solo molo : sebab ada macam2 orang

Liza @ Adzriel AB said...

Fyqa : nak baca pendapat fyka pulak

Liza @ Adzriel AB said...

4miN93~~ : best...ada pembantu. iyelah tu.. semua dibantunya.. *(^_^)*

Liza @ Adzriel AB said...

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim : cukup tak?

Abu Bagi said...

wah..nak curang jugak...haha

Liza @ Adzriel AB said...

HATYCIKNUURUL ; kena control ayu..he..he.. kononnya!

Liza @ Adzriel AB said...

GiveAsh ; ha..ha..dgn brad pitt ye?

missbby said...

salam ziarah dari blog ben..:) jawapan jujur dari hati..

Cik Sara said...

Yeay! cemburu itu perlu, tapi perlulah berpada-pada..cemburu yang berlebihan akan menjadi racun dalam berkasih sayang..

Salam ziarah dari segmen Enche Ben..~

Liza @ Adzriel AB said...

missbby : insyaallah..

Liza @ Adzriel AB said...

Cik Sara : tepat sekali

! Diari-Selebriti-Mama ! said...

slmat bknalan.
singgah dari segmen BA n terus follow kamu liza ^^

takat berkain pelikat takdenye seksi kan :)

jom baca pendapat kls pula

http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/segmen-ben-ashaari-soal-cinta.html

Liza @ Adzriel AB said...

Diari-Selebriti-Mama : TQ banyak2...saya datang

Naz Al Yahya said...

ilmu umah tangga kena blaja dlu naz ni, br kena ckp psl hubby. hee. apa2pun, smga rumahtangga yg d bina akan berkekalan.

Liza @ Adzriel AB said...

Syarifah Nornazrah Al Yahya : terima kasih krn mendoakan...amin. tak pe..kutip ilmu dulu.