iklan

Followers

Pages

Saturday, 4 June 2011

Hasil seni dinding yang kreatif



Cantiknya lukisan dinding dalam gambar ni. Aku curi kat google je. Kalau ada bakat, melukis di dinding pun boleh hasilkan lukisan yang cantik. Tak perlu menampal gambar lagi.

Tapi bagaimana pula kalau hasil lukisannya seperti gambar di bawah ini? Curi kat google jugak.


Apa respon anda? Marah? Geram? Sekadar mengeluh kosong? Dan apa pula tindakan anda? Ada yang mungkin berleter panjang sahaja, ada juga yang berleter bercampur merotan si pelukis. Si pelukis sudah tentu biasanya terdiri dari kanak-kanak.

Kalau merotan pun ada juga yang sekadar sekali atau dua kali sahaja. Paling penyabar apabila hanya menasihati si anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Paling sadis bila ada ibu bapa yang merotan anaknya bertalu-talu. Bagi mereka yang pernah ada anak mungkin tak lari dari masalah ini. Jadi yang mana satukah pernah kalian lakukan pada anak-anak kalian?

Bertenang seketika dan fikirkan sejenak, tindakan manakah yang paling wajar dan apa pula yang sebaiknya di elakkan. Renungkan pula kesan dan akibatnya. Tetapi kita juga sering terlupa mengapa sikap suka menconteng dinding sering berlaku di kalangan anak-anak kecil? Bagaimana dengan diri kita sendiri semasa kecil dahulu?

Anak sulung aku dulu memang suka menconteng dinding tapi tidaklah teruk sangat. Biasanya hubby aku akan cat semula dinding berkenaan di mana yang terconteng sahaja. Nak marah? Ha..ha.. aku kata "Hepppp... mama cakap dengan ayah nanti!" Umur baru 3-4 tahun bukan faham sangat pun. Dia sengih je! Memang tahap umur tengah faham tak faham je nasihat orang. Aku memang agak garang dengan anak-anak tapi ada hal-hal yang aku malas nak marah sangat, dah namanya budak-budak.

Antara cara nak elak anak-anak kecil menyonteng dinding ialah jangan letak pen, pensil atau apa-apa benda yang seumpamanya di tempat yang mudah dia dapat. Begitulah juga dengan barang-barang yang tajam. Bila pensil dah tak ada, bagaimana dia nak conteng.

Proses mengajar anak kecil memang kena diulang selalu. Ingatkan dia supaya tulis di atas kertas, bukan di dinding. Tunjukkan cara dan aksi menulis di atas kertas berulang-ulang. "Dinding, No! Kertas, Yes!". Kena pantaulah, bukan biarkan. Kita dulu nakal juga.

5 comments:

Anonymous said...

kita dulu mmg nakal tp masalahnya x de plak conteng dinding sbb rumah papan je....conteng pon x nmpk...

ummiross said...

Ye lah Liza, anak2 kecil kena latih dengan sabar dan diingatkan selalu,dia orang sebenarnya cepat belajar

Unknown said...

Bagi pendapat aku la..kalau anak-anak tu suka menconteng sangat, apa kata sediakan 1 dinding khas untuk dia menconteng? Dinding ni jangan la kat ruang tamu. Mungkin kat bilik anak-anak atau di bahagian belakang rumah?

zati embong said...

hihi,rasanya semua org suka cnteng dinding time kecik.haha.jat pn sama.sampaikan dinding kayu rumah nenek pn jat cnteng dgn kapur.haha.

Lydia Miza said...

rumah saya ni...adoii dgn maeker pen pun ada.dah la umah syarikat.kena cat sendiri lah jawabnyer sblm kluar nnt..hik3.nak marah bkn phm pun kan?