iklan

Followers

Pages

Saturday, 4 June 2011

Beli barang online dah sampai!



Semalam tudung yang di order dari Asterisk Boutique dah sampai. Guna Pos Laju sampai cepat. Hari Khamis pos, Jumaat tengahari dah sampai.

Dua helai aje dulu! Esok lusa boleh le order lagi kalau rasa sedap memakainya. Ada gambar sehelai je dapat aku curi dari blog dia. Sehelai lagi dah tak ada gambarnya, sebab dah di beli dan ada sehelai aje agaknya corak macam tu.

Cantik tak? Bunganya warna pink kelabu dengan latar belakang warna hitam.

Sebenarnya jiran aku yang order tudung ni. Ibu pada si Nuqman yang bijak ni dalam entry sebelum aku : Pandainya anak abah! Aku minta Asterisk Boutique poskan ke rumah aku je sebab aku memang selalu ada di rumah pun. Ofis kat rumah! He..he.. jiran aku tu kerja, takut pula bila Pos Laju sampai je dia pula tak ada di rumah.

Jiran aku order melalui aku tapi duitnya masuk terus ke akaun Asterisk Boutique. Senang macam tu, tak perlu aku nak pegang duitnya. Takut tershopping pulak.. ha..ha..

Sesiapa yang tinggal di sekitar Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota bolehlah nak gunakan alamat aku untuk urusan pos tudung-tudung dari Asterisk Boutique. Produk Asterisk Boutiquedan Salam Borneo aje tau! Eh! Salam Borneo jual apa pulak ye? Tentulah kain batik Sarawak yang cantik dan unik-unik belaka.

Tudung dah cantik dari Asterisk Boutique
Boleh cuba kain cantik Salam Borneo

Kesihatan dalam pun kena jaga
dengan jamu T.Warisan Anggun di Adzrien Shoppe

Shopping Online di hujung jari aje!
Tapi berhati-hati juga,
beli dari kedai online yang boleh diyakini!

2 comments:

♥ Princess ♥ said...

cantinya tudung tu kak ;)

Unknown said...

cantik..tp hanya sesuai dipadankan dengan baju tiada corak..dgn t-shirt atau blaus kosong..klaau baju corak digayakan dgn tudung corak kurang sesuai pulak kan..