iklan

Followers

Pages

Wednesday 2 March 2011

Aduhai Cikgu Liyana

Cikgu Liyana, seorang guru yang tidak berapa di senangi murid-murid kerana sikapnya yang suka mendenda murid sebelum bertanya dan menyiasat perkara sebenar terlebih dahulu. Bila tersilap, terlalu ego untuk meminta maaf dengan murid berkenaan. Apatah lagi suaranya yang sering saja nyaring yang membuatkan bukan sahaja murid-murid, malah ada juga ibu bapa yang menjadi mual bila mendengarnya.

Azman, pelajar tingkatan 2 terasa nak muntah, namun sempat berlari ke 'toilet' yang berada di hujung kelas untuk 'melepaskannya'. Nyaris juga setiap tingkat sekolah ada disediakan 'toilet'. Kalau tidak menderitalah sesiapa yang nak 'membuang' jika terpaksa turun ke tingkat yang paling bawah sekali seperti bangunan-bangunan sekolah yang lama-lama. Apatah lagi jika sekolah empat tingkat.

Waktu sekolah tinggal lagi 15 minit saja akan berakhir. Perut Azman bergelodak lagi. Entah apalah yang dimakannya tadi. Kali ini Azman sudah tidak dapat menahan muntahnya, lansung tersembur di lantai kelasnya. Terkejut seluruh isi kelas dan yang mana berdekatan cepat-cepat bangun cuba menjauhi. Respon yang biasa bila orang lain muntah.

Dek kerana kasihan, rakan sebelah cuba menggosok belakang Azman cuba meredakan rasa mual temannya itu. Sedangkan dia sendiri cuba menahan mual! Sudah tentu keadaan itu menyebabkan Cikgu Liyana terhenti mengajar seketika.

Dengan muka yang berkerut seolah-olah geli dengan situasi itu, cikgu Liyana menggesa rakan-rakan Azman yang lain mencuci muntah di lantai. Rasanya ada ke yang nak buat? Semuanya tak sanggup, geli katanya. Muntah itu yang cikgu Liyana risaukan, bukannya Azman yang sedang menderita kesakitan. Lansung tidak ditanya pun keadaan si Azman.

Entah apa di fikiran cikgu Liyana, menyuruh Azman sendiri yang mencuci muntah di lantai bila rakan-rakan yang lain tidak sanggup melakukannya. Terkejut rakan-rakan sekelas Azman bila mendengar arahan cikgu Liyana. Mereka tidak sanggup mencuci kerana geli, tetapi mereka juga tidak akan sanggup menyuruh Azman sendiri yang melakukannya.

Lantas mereka mencadangkan pada cikgu Liyana akan tugas itu di serahkan pada makcik 'cleaner' aje. Lagi pun waktu sekolah dah nak habis. Tiada siapa nak guna kelas selepas ini. Jadi tidaklah terkocoh-kocoh makcik 'cleaner' nak mencucinya.

Hai cikgu Liyana, seorang wanita dan juga seorang ibu yang sudah pun menjangkau usia emas. Apakah menyuruh murid yang sakit itu sendiri mencuci muntahnya di lantai itu tindakan wajar? Aku pun hairan, di manakah sifat simpatinya pergi? Korang rasa salahkah pandangan aku ni?

p/s : Semua nama2 di atas bukan nama sebenar, di olah cerita dari seorang teman.

10 comments:

sw33tdarling said...

masa sekolah dulu.. ada kawan muntah.. cikgu cuma arahkan murid pergi sodok pasir dengan penyodok sampah kemudian taburkan pasir tu kat muntah...

itu sahaja.. no isu kena bersihkan... the next day, bila pasir dah serap muntah dan kering, barulah sapu balik pasir tu dan buang

kat sini, tak jelaskan macamana cara 'kena bersihkan' tu...?

Anisa Hang Tuah said...

kesian budak tu

Unknown said...

huh..xde ati perut punye cikgu

Liza @ Adzriel AB said...

sw33tdarling : memang good idea. rasanya ada yang buat masa sekolah rendah dulu bila ada yg tercirit kat kelas. kena bagi proposal kat semua cikgu ni bila menghadapi situasi begini. i like!

Liza @ Adzriel AB said...

Anisa Hang Tuah : budak tu dah le tak larat/lembik...

Liza @ Adzriel AB said...

misz sheyla : tak de kasih sayang

Ibu Muda 30series said...

hurm...kesian :(

kak liza...wani tag akak...

Ati Masrif said...

mmg tak patut..

mungkin dia ni tak ada anak kot
pasai tu hati tu keras kecung je

Liza @ Adzriel AB said...

Aku Ibu Muda : akak datang....

Ati Masrif : mungkin jugak kot. tu pasal pelik beno respon dia tu.

Hanis MY said...

huhu kesiannya..ada jugak eh cikgu tak prihatin macam ni..biasanya cepat2lah bawa ke klinik berdekatan atau bilik rehat pelajar etc...huhu