iklan

Followers

Pages

Tuesday 22 March 2011

AKU BENCI ROKOK!


Sapa nak join segmen Ben Ashaari hari ini : AKU BENCI ROKOK? Klik le..

Antara segmen yang aku suka sebab aku sangatlah tak suka rokok ni. Ini memang termasuk dalam senarai ciri-ciri lelaki pilihan aku untuk jadi suami. Maknanya biarlah kaya atau hensem pun akan menyebabkan hati aku tak dapat menerimanya kalau dia merokok. Dah tentu hubby aku tak merokok.

Aku memang sensitif dengan bau rokok yang boleh menyebabkan aku jadi sesak nafas dan yang paling aku tak tahan bila migraine.

Semasa aku belum kahwin dulu hanya ada 3 orang lelaki dalam keluarga aku iaitu arwah ayah, abang sulung dan abang aku yang merupakan anak ketiga daripada 5 beradik. Abang sulung memang tak pernah merokok pun. Cuma arwah ayah dan abang sorang lagi tu saja yang merokok.

Bila arwah ayah atau abang aku nak merokok memang aku suruh mereka keluar dari rumah. Kalau tidak akan membebel-bebellah mulut aku suruh keluar. Terpaksalah diaorang keluar jugak dari rumah kerana aku tak izinkan rumah dicemari asap rokok.

Bila arwah ayah dah semakin tua dan selalu batuk-batuk, dia pun mula berhenti merokok. Tinggal abang aku je lah yang merokok tapi tidak sekerap zaman dia bujang dulu.

Yang menariknya ketiga-tiga menantu lelaki mak pun tak merokok. Bermakna, bila ada bau asap rokok semasa kami berkumpul adik-beradik beramai-ramai, ianya hanya datang dari abang aku.

Semua orang tahu merokok memang tak elok untuk kesihatan. Kunyah daun pudina lagi bagus! Dah la merosakkan kesihatan, menipiskan poket duit setiap bulan juga. Harga rokok kan semakin mahal sekarang ni.

Setahu aku orang yang merokok boleh menyerap vitamin C dalam badan. Kulit juga menjadi mudah kering. Merosakkan paru-paru adalah akibat yang paling menakutkan. Badan pun berbau busuk. Wajah boleh nampak lebih tua dari usia sebenar.

Bagi aku tak ada machonya merokok ni. Anda bakal merosakkan diri anda sedikit demi sedikit. Ianya mungkin juga melibatkan orang-orang sekeliling anda yang anda sayangi kerana mereka juga mungkin turut terhidu asap rokok anda.

Perkara yang kita ketahui buruk akibatnya memang sangat tidak wajar dicuba-cuba seperti merokok ini. Apa yang anda nak buktikan? Tiada apa sebenarnya. Lebih ramai yang sayang anda jika anda tak merokok. Percayalah!

Pada yang masih lagi menghisap rokok boleh cuba berhenti perlahan-lahan. Sekarang pun ada banyak cara untuk berhenti merokok. Pilih mana yang sesuai. Cuma diri anda yang mampu mengubahnya. Tunggu apa lagi, bertindaklah sekarang. Ingatlah orang yang anda sayangi!

5 comments:

FadhDeela said...

sama la..deela pun xleh bau asap rokokk..leh sesak nafass!! skrg nie kak bkn laki je yg merokok perempuan pun ramai isap rokok..huhu

Meh sini: Tolong Terima Bile Org Tegur!!

Nur said...

betul2..org akan lagik syg bila tak merokok..yeah

Lulu Caldina said...

Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK

Sal Saari said...

salam ziarah..

SiS NaD said...

SiS PuN BeNCi RoKoK!~ JoM JoiN KeMPeN 'KaTeRKaN TaKNaK PaDeR RoKoK'!~ (^_____^)V