iklan

Followers

Pages

Tuesday 29 March 2011

Ghairahnya makan durian

Jumaat lepas aku drive ke Bangi dengan anak teruna aku yang montel tu. Baru 13 tahun tapi lebih besar daripada aku. Risau lak menengoknya.

Tiba-tiba kitaorang terbau sesuatu yang sangat semerbak masuk dalam kereta. "Alamak abang! Sedaplah bau dia!" Aku kata pada anak aku yang aku panggil 'abang'.

Laaa... patut le! Ada lori durian kat depan kitaorang! Dah lama tak makan durian. Sekarang dah musim durian ke? Nak kena suruh hubby beli ni. Rasa teringin le pulak.

Petang tu hubby beli durian kat tepi jalan. Aku tak pesan pun lagi. Macam tau-tau aje ye!

Macam biasa aku ni memang tak suka nak kopek durian. Lain le dengan adik aku yang hantu durian ni. Ibu Aleesya tu memang lebih gila durian daripada aku! Sanggup dia kopek sendiri je.

Hubbylah tukang kopek durian. Aku cuma bersila sambil menanti dengan kesabaran untuk melahapnya. Kena sediakan dua bekas juga untuk asingkan yang mana elok dan tak elok. Memang sedap pun. Tak dapat nak simpan sikit untuk buat bubur durian. Beli lain pulaklah nanti.

Kawan aku kata durian ni ada khasiat peningkat ghairah. Wah! Berita baik ni. Tapi aku tak kira dah! Aku ghairah makan durian aje dah. Apa citernya? Baca Durian peningkat ghairah.

10 comments:

farah fauzi said...

hehe..saya langsung tak leh makan durian..bau diapun saya jadi nak muntah...adeh..

Ujang9897 said...

hihi..

yana pantang bau durian..dia tak suka..

sy ok jer durian..

buat ghairah ek..=)

Amiera Hilton said...

durian sedapnyeee...suke isi durian yg kuning2 lembut tu.sedap!

Suara Kalbu said...

Waaaaaaaaaaaa.. bestnya kak

Ida dah lama ngidam nak makan durian ni tapi belum lagi dapat.. huhuhu

shah said...

durian feveret tuh

manueng said...

melepas musim durian...haih~ T_T

Puan Kutu said...

ehh betul sy pun tak percaya ms mula2 baca dr majalah harmoni.pastu sy google crik..mmg perkara yg sama sy jumpa..aroma durian juga peningkat ghairah bg pasangan suami isteri.hehe sila percaya...sygnya sy tak berapa suka mkn durian..

Asterisk Boutique Administrator said...

Hantu durian sudah checked in *(^_^)* baru je makan kelmarin... musang king... cedapppnyer!!!

Dulu masa pegi rmh abg mir (cuti sem), dia belikan 3 bijik sangatler besor2 semuanya (yg isi kuning tu).. psl dia tahu aku 'antu' durian... aku mkn sampai abisss. Pastu dia tanya "Cukup tak?"... aku ckp "Tak cukup la, sedap..." Terkejut dia... hihihi... gugur lagi rambut abg kite... kihkihkih...

Kalau kat jengka, pagi2 before breakfast aku ngadap durian dulu... 10 biji pun boleh (bukan 10 ulas!)... sbb tu kalau nk membeli, mak/ayah kena beli sebakul... kalo ade abg nuar, lagi la berlumba2 makan.

Adrianna ikut macam ibu dia la, suka sangat durian... Aleesya tak suka pulak. Mr.husband makan 2-3 ulas dah surrender, takut panas katanya :-)

Asterisk Boutique Administrator said...

oh ya... bab ghairah tu tatau nak komen ape... ikut org jugak kot... atau ikut kesesuaian hormon mungkin. Aku ghairah makan durian ade la... takde lak ghairah benda lain.. hihihi...

LilyGrynn said...

Memanglah favorite durian ni. Teringat pula masa pregnant dulu dok 'ghairah ' bantai durian - seminggu dua kali, sekali makan tiga bijik!