iklan

Followers

Pages

Thursday 3 March 2011

Macam F1 di kawasan sekolah??

"Pagi td hujan agak lebat n x dinafikn ramai yg risau anak2 kn hujan n demam..namun 1 insident dpn mata di mana sorang parent mmandu dngn laju mmasuki kwsn sekolah n hantar anaknya smpi dpn dewan..sorang murid thn 3 nyaris tlanggar n jatuh sms elak kereta tsebut..yg tkilan drivernya langsung x trn lihat keadaan murid itu n mmandu laju seperti pmandu F1 kluar dr kwsn sekolah..apa komen anda wahai ibu bapa"

Sebenarnya ini kes Isnin lepas, 28 Februari 2011. Masa tu memang hujan pagi-pagi yang menyebabkan semua orang jadi slow dan jem nak hantar nak ke sekolah dan nak pi kerja. Kes ini diluahkan oleh salah seorang guru sekolah. Sehingga hari ni pun ada dalam 52 komen yang agak emosional daripada para ibu-bapa dalam wall facebook sekolah.

Ini sebahagian je!

KB : Cikgu.. Guard dapat catit x nombo plat keta. Kalau dapat , harapnya sekolah kuarkan Surat utk bagi pada SEMUA MURID. Sapa tuan keta dimestikan berjumpa Guru Besar Dan insiden ini patut dibesar-besarkan agar menjadi pengajaran pada semua ibu bapa. Bukan dia sorang Ja sayangkan anak.

NA
: kurang bersopan

AM : sbg ibubapa sepatutnya mengetahui peraturan iaitu memperlahankan kelajuan dan lebih berhati-hati terutama bila berada dlm kwsn sklh...Saya rasalah...adlh lebih baik ibubapa menghantar smpi dpn pagar shj...sepatutnya anak-anak dibekalkan bj hujan supaya lebih selamat dan perkara2 buruk spt ini tidak akan berlaku lg.


SFI
: sombong dia tu...


Cikgu
: x smpt nk catat sbb hari msh gelap...pkl 6.40 pg n hjn agak lebat....incident blaku waktu sy on the way nk buka lampu dewan...lg pn kreta tu mmg laju...kesian bdk thn 3 tu jth bsh kuyup...sy x dpt nk bt ape2 kecuali blanjer milo panas jer...mujur x blaku suatu yg buruk

Sememangnya sikap pemandu berkenaan mengundang kemarahan para ibu-bapa yang perihatin, termasuklah aku. Eeee... rasa nak bakor je kereta dia... Bakor je! Bakor je!

Patut-patut le kan bila bawa kereta tu, apatah lagi di kawasan sekolah. Bukannya highway pun nak bawa laju-laju. Kalau kat highway pun kena slow bila hari hujan. Memandu di kawasan sekolah perlu perhatian yang lebih kerana kadang-kadang kita tak menjangka budak-budak yang boleh saja tiba-tiba melintas.

Ini cadangan yang dikemukakan :
1. Buat hump dalam kawasan sekolah.
2. Bagi surat pekeliling tentang hal ni.
3. Guard kena tahan kereta tu masa dia nak keluar.
4. Rekod no kereta yang keluar masuk.

Ini cadangan yang dah geram sangat :
1. Kita bakor je kereta tu.. aku le tu! Kesian kereta tu!
2. Ambil gambar letak kat facebook.
Gambar anak dia? Ishh... budak tu tak bersalah!
3. Buka pintu pagar muat orang lalu je... camner kereta cikgu nak masuk?
4. Sekolahkan balik je si drebar tu... he..he..

Ha..bak kata parent ni : "hu hu .. dah berkoyan-koyan kena kutuk driver tu ngan mak bapak kat sini ..." Korang bayangkan kalau dah lebih daripada 40 orang doakan keburukan? Sebab tu jangan buat perkara yang menyakitkan hati orang ramai. Memang berkoyan le doa terburuk dia dapat.

Moga dia insaf le... aku setuju cadangan surat/memo peringatan tu... buat cikgu, jangan tak buat. Esok kita pasang CCTV lak kat pintu pagar tu.. he..he.. banyak le budget! Berangan tak salah!

4 comments:

Dr K said...

Orang malaysia ni majoritinya macam mangkuk bila pegang stereng, maaf cakap.

-di kawasan sekolah bawak kereta laju tak ingat dunia

-di kawasan pasar malam bawak kereta laju tak ingat dunia.

Liza @ Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : tak ada timbangrasa..

Ezal R said...

kita bakor jer.. kita bakor jer.. haha..

erm, die rase die sorang jer kot yang ada anak.. sbb tu la pandu macam tu... semua dah tahu rasanya, kebanyakkan pemandu di Malaysia ni sgt tak bertimbang rasa, selalu pentingkan diri.. ( tak semua tau)

Liza @ Adzriel AB said...

Ezal R : memang tak semua, kalau tak habis kena bakor.. he..he..