iklan

Followers

Pages

Wednesday 22 June 2011

Senaraikan lebih dan kurangnya


Muhammad Burn bertanya, bagaimana jika tak ada kelebihan seperti dalam entry aku sebelum INI. Klik link kalau nak refer entry tu.

Pernah sekali aku bingung nak menerima cinta seseorang semasa di POLISAS dulu... ehh!! bawa kisah lama pulak! Ambil yang baik saja ye! Sebab bingung itu jugalah maka aku ambil sehelai kertas dan cuba senarai beberapa kebaikan dan keburukan si lelaki setakat yang aku tahu sama ada yang apa yang nampak atau info kawan-kawan yang boleh dipercayai. Dari situ aku menilai timbangan mana yang penting dan mana yang tidak. Keputusannya aku menerima dia dan ahli keluarga aku juga suka. Cuma tak ada jodoh! Di ganti dengan hubby yang ada lebih dan ada kurangnya.

Dari kisah itulah timbulnya idea untuk membeza dua perkara dalam hidup aku.

Bagi aku, duduklah dengan tenang dihari Rabu yang Wordless ni. Ambil pen dan kertas, termenung sekejap dan berfikir "Aku pandai buat apa?". Aku pandai makan? Aku pantas melipat kain? Aku pandai buat banner atau header cantik? Aku pandai buat dadih mangga?

Senaraikan aje apa yang terlintas di fikiran. Kemudian cuba lihat semula kelebihan-kelebihan yang ada. Mungkin ada yang kecil tetapi unik. Macam hubby aku pandai masak mee sup, kuah spaghetti, dadih mangga, agar-agar gula merah. Dia pernah juga masak kari ikan. Padahal bukan selalu ke dapur pun. Sekali-sekala aje. Macam kecil aje sumbangan tu tapi bukan semua lelaki boleh buat pun. Perempuan sendiri pun belum tentu pandai.

Tidak semua orang punya kelebihan mengajar anak-anak membaca di rumah. Ada juga yang berusaha tetapi garangnya sampai anak jadi takut. Akulah tu! Korang ada? Kalau ada, itu juga antara kelebihannya.

Jangan lupa senaraikan kekurangan untuk kita renung kembali apakah cara untuk kita mengurangkan atau menghindarinya.

10 comments:

Anonymous said...

selalu buat mcm t..senarai apa kelebihan n kekurangan...one more,kalau EE nak lupakan sesuatu EE akan tulis apa yg x puas n then i will bakar or buang kat sungai or ape2 yg ada air,tanam pon boleh..it is a symbolic for me to forget about it....nmpk x msk akal but for me berkesan...

p/s:kalau nak beli brg pon selalu buat senarai..takut brg penting x dibeli,x penting plak adee...

Sal Saari said...

betul tu, tiada org yg perfect everything..

cikguNae said...

Salam Ukhwah...
dah lama tak muhasabah diri... lihat kekurangan dan kelebihan... asyik dok senarai apa yg perlu dibuat, dibayar, dibeli sahaja...

Muhammad Izuan said...

Wah, cepat betul akak wat entry. Act, sy pernah buat senarai kelebihan tu.Tapi kurang berkesan utk sy. Sy kena, mesti, atasi kelemahan tu utk pujuk hati sendiri, barulah sy puas.Tapi bila tak dapat atasi, masalah terus membelenggu. Tu la kelemahannya.

Eyrique Ettiqazz: sy susah nak lupa perkara sedih @ memalukan. Perlu masa yang lama untuk lupa. Bila dah lupa, kadang2 akan teringat jugak. Sedangkan org lain x ingat pun. Cuma perasaan kita. Cara sy, jgn cakap ttg perkara tu, dan kne chill dgn kawan2... merapu la dgn member2. @ sy suka bercakap dan bercerita pada mak (anak manja). Hehe...

Anonymous said...

wah hubby kak pandai masak..tak ramai yg laki leh masak..haha...nnti klu kak bt open house srh hubby kak mask..confirm rmi org datg..

ZWAN SABRI said...

zwan dah cuba renung kelebihan zwan tapi rasanya kelemahan lg banyak.. HUHU

MySuaraBlog: Universiti Penanti Bakal Ditubuhkan

Unknown said...

uh!!banyak jugak kelemahan saya ni kak..
tapi ada jugak kelebihan nya..
apa pun saya tetap berbangga..:p

Lulu Caldina said...

kak liza jom..

http://lulu-pages.blogspot.com/2011/06/contest-mata-menawan.html

atuk said...

Assalamualaikum Liza

cara yg baik
kemudian simpan
bila2 senang lihat balik kelebihan dan kekurangan kita atau sidia

Wassalam

Hanis Azla said...

bagus juga kita senaraikan kelebihan dan kekurangan kita kan kak.. sekurang2nya kita tak rasa rendah diri dgn kekurangan kita dan tak rasa tinggi diri dengan kelebihan kita... sebab kita punya kedua2 nilai itu..