iklan

Followers

Pages

Wednesday 1 June 2011

Ingin menangis

Aku hanya ingin menangis,
membuang segala gundah yang terbeku di hati,
biarkan ianya cair.
Sendiri bersama diri ku ini.

Aku hanya ingin menangis,
kerana aku yakin manusia tidak memahami
yang tersayang juga tidak akan mengerti
dari aku berbicara dan di pandang dengan seribu muka
aku hanya ingin menangis
sendiri bersama diri ku ini

Titisan itu teman karib
buat yang terpencil di dunia ini
bukan semua manusia memahami semua bahasa
bukan semua yang di sayang akan mencintai diri semula
Akrab hilang bila berjauh
yang wujud sentiasa hanya DIA
bicara berat hendak di luah
maka tangis adalah bahasa termudah

aku hanya ingin menangis,
menenangkan hati yang menggeletar,
biarkan segalanya mencair,
sendiri bersama diri ku ini.

Nukilan : Ibu Nora

4 comments:

jeBateja said...

uikk...sajak ke ni....aisehhh...lama tak baca sajak....

Hanis Azla said...

nice one.. menangislah bila ianya perlu.. kerana makin dipendam makin sengsara jiwa di dalam..

Unknown said...

menangis je kak..
jangan hentak2 kaki sudah la..
malu anak2 tengok..
hehehhe

Sofya said...

siapa ibu Nora ni..sungguh puitis la...

tips cover nangis..
nangis sambil mandi ngan shower he3