iklan

Followers

Pages

Friday 25 March 2011

Pahala menggatal dengan suami

Baca blog Melurjelita.com dengan tajuk yang menarik perhatian aku ; Memang menarik! Rugi tak baca tau entry ni "Bosan dengan suami!".

Yang ini part dia puji suami dia :
"Tugas mengambil dan menghantar anak, kerja rumah, kerja sekolah anak – anak dan segala urusan rumahtangga kami lakukan bersama. Gaji dia , gaji saya, gaji saya, gaji dia. Tak ada masalah. Suami jenis rajin dan ringan tulang. Suka membantu saya . Baik dan warak orangnya."

Yang ini part dia bosan dengan suami dia :
"Saya bosan dengan suami saya, saya bosan dengan anak – anak saya, saya bosan dengan rumahtangga saya, saya bosan dengan semuanya. Saya cukup tak suka dengan bau badan suami, tak suka dia tidur sebelah saya, benci dengan dengkurannya, menyampah tengok rupanya yang selekeh dan boroi. Pergi mana – mana sampai orang kata dia bapak saya!"

Aku ni berkawan dengan pelbagai jenis wanita seperti anak dara muda, anak dara tua, janda, bini kedua, isteri yang suami selalu outstation tanpa nafkah, isteri yang suami serahkan semua duit gaji padanya, bini pertama, isteri yang suaminya selalu bawa dia sama bila outstation, isteri yang bahagia dengan suami dan anak-anaknya dan macam-macam le. Macam-macam ceritalah yang aku dengar yang buat aku rasa kehidupan aku itu ada lebih dan ada kurang berbanding mereka.

Ada ke lelaki yang perfect? Tak ok ke kalau hubby hensem di mata aku, tapi sekarang dah banyak uban la.. Rambut pun dah nipis. Rumah dia bayar, bil api air dia bayar, beras dan lauk dia dah beli. Mana reti nak tinggi-tinggi suara ni, sekali-sekala la kalau anak-anak buat hal. Hubby keturunan banjar, lemah-lembut tutur katanya. Aku pulak yang mulut riuh!

Kalau bising kerana bosan dengan suami tu aku biasa dengar tapi sedih sangat bila kata bosan dengan anak-anak. Bosan dengan semua? Tak bersyukur, nampak sangatlah sebab ada orang lain yang dapat suami tapi berlagak macam orang bujang. Tak pedulikan anak bininya.

Setakat tak romantik, ehhh... hubby aku perlu diingatkan selalu birthday aku dan anak-anak. Tarikh kahwin pun dia lupa. Selamba je aku sound dia "tau kahwin je!". Hubby aku sengih je! Tak ada masa aku nak merajuk pun. Hubby aku tak pandai memujuk pun kalau aku merajuk! Aku perli je dia "Abang ni tak romantik lansung!". Tak ambil kisah pun sebab dah maklum itu kekurangan yang boleh dimaafkan.

Badan berbau, aku tolak dia masuk bilik air! Gurau-gurau kan bahagia. Malas nak sesakkan otak dengan benda-benda leceh ni. Biasalah, bila dah lama kahwin adakala memang terasa bosan. Sekali-sekala isteri kenalah bijak bertindak. Hubby aku pernah kata bahawa akulah orang pertama yang urut dia. Satu badan pulak tu! Ini urut betul punya ye! Jangan terpesong dengan 18SX. Ajak le mandi sama, paksa kalau tak mau. Laki bini mandi sama dapat pahala, kalau belum nikah jangan buat ye!

Kita ni nak mengubah orang lain memanglah susah, jadi ubahlah diri sendiri. Kadang-kadang nak hilangkan rasa bosan dengan hubby kenalah menggatal sikit. Pahala kalau menggatal dengan suami sendiri, bukan suami orang lain. Sambil tengok TV tu lentok le kepala kat hubby, biasanya anak-anak aku pun nak menyibuk sama sampai daddy pulak yang dah tersenget. Bukan susah pun nak saja-saja sentuh sekejap belakang dia, tak kiralah bahagian atas atau bawah. Ala-ala"ops! tak sengaja" tu lah.

Jangan sebut bosan dengan segala-galanya. Inilah kehidupan yang kita pilih. Bukan hidup menderita pun. Tak terguris luka pun sama ada yang zahir mahupun di hati. Hanya bosan! Kalau cari lain pun hilang ke bosan tu? Tak kahwin bosan, kahwin pun bosan, menjanda pun bosan! Apa yang kita nak sebenarnya? Cuba-cubalah risik pulak, "abang bosan tak dengan saya?".

p/s : aku pun tak bagus mana!

9 comments:

Hafizi Azmi said...

memandangkan entry ni citer pasal pahala menggatal ngan suami, so, sy nak dedikasikan komik ni utk entry ni...
boleh kan..? ngehehe..~~ :P
:: KoMiK "Potret Zaujahku" ::

ummiross said...

setuju dengan tips yang liza bagi tu..
Dan banyakkan bersyukur, kerana Allah akan tambahkan nikmat ke atas orang2 yang bersyukur..suami dan anak adalah anugerah..

Wardah alisya said...

perkongsian menarik..hehe..panduan buat yang belum kahwin lg..hehe

Puan Kutu said...

setuju sgt..manusia tak pernah puas,bosan dgn ank2..bosan dgn semua..mmg tak reti bersyukur!

Hanis Azla said...

suka dgn entry akak ni.. perkahwianan itukan saling lengkap melengkapi.. klu kurang tegurlah, klu boleh berubah Alhamdulillah.. Klu tidak kita yg perlu berubah utk terima seadanya.. klu lebih tu bersyukurlah.. klu kita tak sempurna, dia pun begitu juga..

miss 90 said...

yes..satu nasihat yg berguna..even nini xkawen lagi..tp entry blh mengingtkan kita semua nt...:)

FadhDeela said...

tipps untuk yg dah bkawen..so bg deela yg blum kawen nie kena renung2kan dan selamat beramal la erk kak :P

Meh sini: Aku kena make over!!

manueng said...

best la entry ni...walopun belum kawen, seronok plak bace...hehe;)

-Sara- said...

betol kak, kite pn xperfect tp mengharapkn hubby perfect, susahlaa cmtuu kn..