iklan

Followers

Pages

Monday 7 March 2011

Baju sekolah anak Vs baju mak ayah

Bukan semua ye suka buat perangai macam ni. Tapi ada! Jangan lupa perangai manusia ni macam-macam dah kadang-kadang tu pelik sangat untuk kita fikirkan logiknya.

Setiap bulan si ibu suka beli baju baru. Macam-macam fesyen nak dibelinya. Begitu juga si ayah yang tak terasa berat pun nak membeli sehelai kemeja bernilai RM200 ke atas. Apa salahnya beli yang berkualitikan, tahan lama sikit.

Tapi kesiannya tengok baju sekolah si anak. Masih memakai baju sekolah tahun lepas yang dah singkat di tangan sebab cepat sangat membesarnya. Zip kain yang dah rosak pun tak di repair lansung. Kasut sekolah pun dah nipis tapaknya.

Ooooo... inilah yang mak dan ayahnya kerja gaji ribu-ribu tu. Hari-hari orang gaji yamg gosokkan baju sekolah anak, jadi maknya tak perasan le zip kain anaknya dah rosak. Ayah pun tak perasan kasut sekolah anak dah nipis. Sungguh sibuk sampai tak sempat nak perasan apa yang tak kena. Nak salahkan orang gaji atau anak sebab tak bagitau masalahnya itu?

Aku? Tak taulah nak kata apa ye! Anak sendiri kena sendiri jaga lah. Pembantu cuma membantu bukan urus semuanya. Letak diri kita sebagai anak.... apa perasaannya dan apa pula tindakannya di usia 8 tahun itu. Matangkah dia? Lainlah kalau mak ayah susah, memanglah tak boleh nak demand.

Sekali-sekala kena spotcheck uniform anak-anak kalau-kalau ada poketnya bocor, lencana tercabut jahitannya, zip rosak, butang tercabut dan macam-macam le.

p/s : cuma boleh memandang je lah... ditegur nanti melenting pulak! memandai-mandai pulak nak komplen. kasut anak-anak aku pun kadang terkoyak juga. dah tukar ke mama? Ha..ha.. baru je ambil seluar sekolah anak kat kedai jahit sebab repair zipnya yang rosak. Zip kain rosak tak pe lagi, zip seluar rosak tu bahaya!

8 comments:

Hanis Azla said...

mcm saya ni yg takde pembantu mmg semua kena buat sendiri. bila time sekolah ni mmg setiap malam dok menyental uniform sekolah anak2 lelaki saya.. tahu2 ajelah budak lelaki.. klu masuk mesin, keluar mesin pun rupa mcm tu jgk.. jd klu ada yg tak kena tu mmg perasan sgt.. tp dlm jaga2 kdg tu terlepas pandang juga.. letih mmg letih tp rasa berbaloi sgt tgk anak2 bersih kemas bila ke sekolah wp waktu balik sekolah dah lain sikit jdnya.. he..he..

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : memang ibu yg rajin ni... biasalah anak lelaki. tapi g girl pun boleh tahan. tak larat nak menyental dah. tapi kes yg akak tulis ni dah berbulan zip kain budak tu rosak. obvious sangat... kesian budak tu. mak ayahnya baik tapi lama beno terlepas pandangnya.

Azah Rahaman said...

akk adzriel, ! ekekeke, baju mak ayah haruslah penting jugak, tak boleh tgk pada baju anak anak sahaja kan ? tapi kalau nak dibandingkan, mama azza suka ngat penuhkan impian azza dulu, barulah akhirnya, azza plak teman mama beli baju tuk dia, ekeke

TERBARU :kami memang sweet couple :D

ummiross said...

Waa dah musim luruh ke kat sini Adzriel,daun semua dah bertukar kuning, cantik sangat...

MumMe said...

nasib baik anak2 mumme pakai seluar pinggangnya getah lagi!hik hik hik...

Liza @ Adzriel AB said...

Azza Firza : mesti le baju mama penting juga tapi jgnlah sampai baju sekolah anak terkoyak poketnya pun tak perasan. macam selfish je..

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : testing ummiross... ubah kecerahan mata.. he..he..

Liza @ Adzriel AB said...

MumMe : pinggang getah yg terbaik.. tapi kalau anak pinggangnya besar macam tak sesuai pulak ye.. anak dara ni pinggang lebih besar dari mamanya.