iklan

Followers

Pages

Monday 21 March 2011

Cantikkan perut tu dulu!

Korang tentu perasan trend perempuan sekarang yang suka pakai baju senteng sampai nampak perut dan nampak belakang. Dari segi ugama memang confirmlah berdosa. Ni nak cerita dari segi cantik pulak.

Last week aku ada cerita tentang aku makan di restoran yang slow servicenya tapi makanannya memang sedap. Rugi kalau depa tak improve mutu perkhidmatan diaorang. Apa pun customer tetap ramai di kedai tu.

Masa tu lah aku nampak satu couple Melayu masuk ke kedai makan. Hensem dan cantik rupa parasnya. Si gadis berambut lurus dengan keningnya yang halussss je. Duduk di sebelah meja aku. Sebelum duduk dah tentulah dia mengadap akukan. Ternampaklah perutnya bila tangan tu diangkat sikit. Apa motif diaorang ye kalau tangan tu di angkat lebih tinggi lagi? Sajalahkan dengan niat!

Alamak! Perutnya ada stretch mark. Masalahlahkan kalau orang tau parut-parut kat badan kita ni. Tiada rahsia lagi, tak bestlah macam tu. Dalam hati aku terfikir "Oooo... dah kahwinlah ni, biasa orang yang dah bersalin je ada strech mark kat perut". Mmmm... tak boleh panggil gadis lagilah! Tapi kalau pandai, strech mark tu boleh hilang. Cari sendirilah petua tu ye..

Spoil! Jatuh markah cantik! Lagi best kalau kawan-kawan pejabat dia nampak, boleh jadi berita hangatlah. Realitilahkan benda-benda macam ni boleh jadi bahan umpatan. Perempuan je yang suka mengumpat? Lelaki pun ada yang suka mengumpat perkara-perkara berkaitan fizikal perempuan ni.

Aku dah maklum dah, 2 tahun belajar dalam kelas elektrikal yang 80% lelaki, bekerja pulak 14 tahun di kilang dalam lingkungan 90% lelaki berurusan dengan aku. Itu yang agak brutal sikit..he..he.. Tak semualah macam tu! Ramai juga lelaki mahu pun perempuan yang malas nak ambil kisah pun. Tak suka umpat-umpat ni. Fokus kerja lagi bagus.

Bila sebut 90% lelaki tu teringat pulak soalan temuduga aku dulu bila manager ni tanya "Awak boleh bekerja kalau lelaki ada 20 orang, perempuan cuma berdua je?". Dengan yakinnya aku jawap "Boleh encik!". Tapi memang betul tak kisah pun. Alhamdulillah! Group yang aku join baik-baik belaka dan menghormati aku sebagai perempuan. Sampai sekarang pun masih keep in touch dalam facebook dan ada yang jadi jiran aku.

Balik pada kisah perempuan tadi yang berbaju senteng. Biasalahkan bila duduk, tentulah baju tu akan tersingkap di belakang. Jadi nampaklah sikit dibahagian belakang pulak. Elok pulak sekumpulan lelaki duduk di meja belakang yang sekejap-sekejap menjeling kat perempuan ni. Dapat 'free show'!

Aku pun suka juga pakai baju senteng-senteng ni, tapi kat rumah laa.. Cuma seingat aku, kalau senteng pun tidak juga menampakkan perut bila tangan tu diangkat. Senteng ikut spesifikasi akulah. Malu dengan anak-anak juga. Anak teruna aku pun yang paling besar dah 13 tahun, kemudian 9 tahun dan si kecik baru 1 tahun 10 bulan. Sendiri mau ingatlahkan.

Pakailah tapi perut kasi rata dulu sama ada rata dari buncit atau rata dari segala parut. Baru boleh nak bangga. Eh! Menggalakkan pulak ye! Jangan memalukan diri sendiri. Dan yang paling aku tak tahan kalau yang bertudung pun buat macam tu juga. Memang hilang terus manisnya.

5 comments:

Hanis Azla said...

bila kita tengok kita pula jd segan sendiri.. teruslah perkara itu beri kesedaran pada diri sendiri.. bila anak2 dah makin besar, klu tak segan pada org lain, mmg kena segan dgn anak sendiri kan kak.. kak, jom main teka2 utk menang FM medan..

Luqman Zakaria said...

haha!betul betul !cantiekkan perut dlu baru leh pakai baju senteng~

ummiross said...

itu lah dalam Islam mementingkan sifat malu, malu tu cabang iman. Kalau dah hilang sifat malu begitulah jadinya...

LilyGrynn said...

I puas berfikir tentang perkara macam ni. Bagi sayalahkan, kalau saya tak nampak benda tu cantik, tak nak saya nak tonjol2 bagi orang tengok. Daripada dapat pujian terus dapat berbakul2 umpatan, ya tak?

Jey said...

betol la tu..tak pasal2 dapat aib free..hihikk

entri terbaru:
Mengapa Bunga Raya Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kepada Manusia yg Suka Pakai Ledging