iklan

Followers

Pages

Tuesday 15 March 2011

Laci misteri

Aku terjumpa lawak ni dalam majalah lama masa tengah mengemas tadi. Nak share jugak dengan korang semua.

Sepasang suami isteri baru melansungkan perkahwinan. Si suami bertanya kepada isterinya sama ada dia boleh mempunyai laci khas untuk dirinya sahaja. Tanpa syak wasangka si isteri pun setuju.

Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi teringatkan laci persendirian suaminya. Bila diintai terdapat 3 biji bola golf dan duit sebanyak RM2000. Si isteri berasa hairan, apakah yang membuatkan bola golf dan duit itu begitu rahsia sehingga perlu disembunyikan daripadanya.

Si isteri mendesak supaya si suami menceritakannya. Kata si suami, "setiapkali abang curang diluar, abang akan simpan sebiji bola golf di dalam laci". Si isteri berfikir, "30 tahun kahwin baru ada 3 biji bola? Suami aku tidaklah sejahat mana".

"Habis tu apa kena mengena dengan RM2000 yang abang simpan?", tanya si isteri. Si suami pun menjawap "setiap kali bola golf cukup sedozen, abang akan jual".


p/s : hampeh!

20 comments:

NisaAdnan said...

haha lawak mmg. bole pulak bini dia mcm tak kesah je ^^

Liza @ Adzriel AB said...

NisaAdnan : jawapan kedua mesti kisah punyer

sekamar rindu said...

hahahaaha...lawak tak boleh blah..:)

hahahahaa

ummiross said...

Haha pagi2 dah gelak, dah berapa dozen suami dia jual

eqbalzack said...

salam kak.eq singgah sini jalan2(sebab cuti 2 hari) hehe...

cik ewun said...

hahaha ayokkk! :P

Dda Ly said...

heheh saba je laa...boleh plak confess mcm ni..:P

meh ke rumah..
~ketinggalan zaman~
keep in touch ye..♥♥♥

Hanis Azla said...

rupa2nya.. nauzubillah kan kak..

Dr K said...

hahaha..dah lah curang, jual bola golf pulak tu

nurul rasya said...

tak berapa faham lawak ni

Anati Soki said...

kahahaha.. kira dah banyak kali la dia curng.. wakakakakaka

Liza @ Adzriel AB said...

sekamar rindu : redakan stress jap..

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : kalau kita 1 kali pun dah angin... ni asal lawak mat saleh kot.

Liza @ Adzriel AB said...

eqbalzack : tak leh lawan akak... cuti 2 tahun..ha..ha..

Liza @ Adzriel AB said...

cik ewun : senyum sorang2.

Liza @ Adzriel AB said...

Dda Ly : tak de rasa kot..he..he..

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : ha..ha.. 1 kali pun jgn ikut.

Liza @ Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : dapat bola golf kat manalah gamaknya.

Liza @ Adzriel AB said...

She's retarded : kena baca lagi sekali tu... agak tricky in maths.

Liza @ Adzriel AB said...

Anati Soki : memang nak kena tu..