iklan

Followers

Pages

Friday 18 March 2011

Seharian di Subang Permai

Hari ni pun busy juga. Sempat jenguk blog tengahari tadi je...tak sampai 10 minit pun. Itu pun dari rumah kakak aku di Subang Permai. Pagi ni aku ke Subang Permai dengan anak-anak sebab esok mak aku dah nak balik ke Jengka dengan adik. Abang sulung dengan familynya pun ada sama.

Anak-anak aku memang teruja nak datang kalau anak-anak abang sulung aku ada. Takdir Allah menentukan anak-anak aku yang kedua hingga kelima semuanya sebaya dengan anak-anak abang aku. Jadi memang masing-masing berkawan le.

Seharian juga aku kat sana. Laptop tu bawa tapi segan le nak mengadapnya lama-lama. Anak-anak aku le yang melayan laptop tu. Aku bersantai sambil berborak-borak dengan mak dan kakak ipar aku kat dapur. Anak-anak pun seronok bermain-main dengan sepupu-sepupu diaorang.

Aishah, anak sulung aku agak rapat dengan kakak sepupunya iaitu anak kakak aku yang bakal periksa SPM tahun ni. Aku kata kat diorang berdua, "lawanlah korang tahun ni, sorang PMR sorang SPM. Kekalkan kaum perempuan tetap menang dalam keluarga kita..he..he..!"

Itu baru 10 orang cucu mak daripada jumlah 15 orang semuanya. Aku penyumbang teramai sebanyak 5 orang... teringat mak teh aku yang anaknya 14 orang semuanya. Tak boleh lawan mak teh laa...

Pukul 6 lebih agaknya aku bergerak dari rumah kakak aku untuk balik ke Bandar Seri Putra. Malas nak masak dinner, jadi singgah makan dalam perjalanan balik. Dah sampai rumah barulah boleh mengadap PC untuk taip entry ni. Entah kenapa aku lebih selesa guna PC daripada laptop. Rasa macam nak beli netbook pun ada. Ok ke?

12 comments:

Unknown said...

Singgah meninggalkan jejak..

Puan Kutu said...

wah ramainya..mesti meriah!

Liza @ Adzriel AB said...

Jamiel : jejak telah diikuti

Liza @ Adzriel AB said...

Puan Kutu : baru dari 3 keluarga...ada 2 keluarga lagi

ummiross said...

Jangan rasa2,beli je..

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : boleh le up-date entry di mana2 ye.. he..he..

ZWAN SABRI said...

tringin nak ada anak.. tp bila ntah nak kawen.. HUHU


MySuaraBlog: Jom Kesan Kehamilan Cara Orang Dulu2

sitiezahim said...

lebih kurang cucu mak saya la kak..meriah hehe

Liza @ Adzriel AB said...

ZWAN SABRI : strategi tak on, camner nak kawin...

Liza @ Adzriel AB said...

sitiezahim : memang kecoh le..

Sarina said...

Adik ni adik kepada Zarina Abu bakar kan?

Liza @ Adzriel AB said...

betul... kak sarina sharif ke ni?