iklan

Followers

Pages

Friday 11 March 2011

Studyku dengan Kitaro

Cara orang study memang berbagai-bagai. Kalau adik aku si Ainul AB suka study sambil menengok TV. Camner tu?? Tak ok? Siapa kata? Adik aku pernah jadi top student masa form 3 dan keputusan cemerlang semasa di ITM. Ok le tu kan.. Entry sebenar kat sini!

Ada yang study kemain tekun aje gayanya pun belum tentu dapat keputusan bagus juga. Tak kisah le apa gaya asal masuk kat otak tu.

Perangai study sambil tengok TV ni dah turun pula kepada semua anak-anak aku. Masalahnya lebih tengok TV daripada belajarnya. Cuma Aishah yang sulung tu je kerjanya siap walaupun TV di depan mata. Maka dengan geramnya mamanya akan berkata "Tutup TV tu!".

Sekarang ni Aishah beralih ke laptop aku sambil dengar lagu-lagu Jepunnya sebab tak dibenarkan buat homework depan TV.

Aku pulak suka sangat study sambil dengar muzik Kitaro. Terutamanya pada waktu awal pagi. Aku suka bangun awal pukul 4.00 pagi, terus mandi siap syampu kepala nak bagi fresh le kononnya. Lepas tu baru aku study sambil dengar muzik kitaro guna walkman. Memang tak suka study lewat-lewat malam.

Inilah antara muzik Kitaro yang paling aku suka! Memang gila sikit dengan muzik Kitaro ni sejak zaman sekolah menengah lagi!


10 comments:

Hani said...

Hu hu hu layan Kitaro best jugak ni..kite dolu-dolu suke layan Kenny G...lagu titanic version instrumental by Kenny G paling kite suke.. :)

Liza @ Adzriel AB said...

Hani : Kenny G pun favorite juga! Petikan piano Richard Clayderman pun suka.

A.s.t.i.n.a said...

ini mesti bijak study time2 cenggitu..malah mesti kekal jelita mcm normala Samsuddin biasakan mandi pagi2.. gud!

Siti Hajar Masri said...

sy kalo study suka senyap sunyi..lain orang lain kerenahnyakan..:)

Liza @ Adzriel AB said...

A.s.t.i.n.a : aminnnn.. suka dengor..

Liza @ Adzriel AB said...

Siti Hajar Masri : memang le..lain org lain caranya. jgn buat yg mengarut udoh le..he..he..

Hanis Azla said...

muzik ni mcm terapi minda kan kak.. kita jd lg bersemangat bila buat something sambil mendengarnya.. anak2 suka pasang nasyid time belajar.. tp lbh banyak menyanyi sama sambil tgk lirik kat lappy dari tgk buku.. he..he..

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : sekali sekala bagi peluang jugakan

ummiross said...

ummiross pulak dulu kalau study sambil baring2, cepat je masuk bila baca...

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : kalau saya jadi cepat lelap le pulak...he..he..