iklan

Followers

Pages

Tuesday 8 March 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

Hari-hari memang aku jenguk Bloglist Sifu kat bawah tu... nama yang memang selalu kat atas sudah tentu orang yang rajin update entrynya berpuluh-puluh kali sehari. Rajin betul Ben Ashaari.. memang berbaloi dengan imbuhan yang dia dapat. Tahniah dik!

Aku join lagi segmen Ben Ashaari. Kali ni tajuknya agak special dan menyentuh hatiku sebagai seorang ibu...ish! ish!

Macam biasa ada bannernya : Klik link ke entry asal Ben!

  1. BANNER BEN ASHAARI

Aku secara ringkasnya merupakan seorang ibu yang masih punya suami dengan dikurniakan 5 orang cahayamata sejak 15 tahun yang lalu. Aku bekerja dengan waktu yang amat fleksibel dengan mengagihkan masa di antara kerjaya dan juga ahli keluargaku. Itulah yang aku lakukan sejak berhenti daripada kerja tetapku pada tahun 2007.

Kenangan yang amat manis bila bergelar seorang ibu membuatkan diriku terasa lengkap seawal usiaku 23 tahun. Saat setiap anak-anak yang kulahirkan diletakkan diribaanku oleh doktor yang menyambutnya mengundang tangis kegembiraan. Bahagianya dapat bergurau dengan anak-anak dari usia mereka bayi hinggalah remaja. Bak kata salah seorang anak aku yang sekarang sudahpun berusia 9 tahun, "Mama! Semua baby di dunia ni comelkan!". Kenyataan yang sungguh jujur dan tulus!

Semuanya suka dipeluk sewaktu nak tidur, semasa mereka masih baby! Samalah dengan baby bongsu si Arif ni... kadangkala berkali-kali aku cium pipi dan dahinya. Geram sungguh kerana susah betul dia nak lelapkan matanya. Semuanya nak tidur dengan aku berbanding ayahnya sehingga usia masing-masing melepasi dua tahun kerana dapat adik baru... rapat ke? Cuma jarak yang ke-4 dan ke-5 agak jauh, 7 tahun. Malam-malam pun mengadu pada aku juga bila terganggu oleh mimpi buruk. Zikir Allah! Allah! Ye! Sampailah terlena di sisi aku!

Dua orang sudah meningkat remaja yang boleh dibuat kawan saja gayanya. Manakala dua orang lagi masih diperingkat sekolah rendah yang masih perlu ditegur selalu. Ada seorang baby yang masih perlu didodoi-dodoi dan digomol-gomol. Bahagianya aku kerana semuanya bukan jenis yang suka nak merajuk berjam-jam walaupun dah kena marah. Aku ni garang juga! Tapi aku jugalah tempat mereka mengadu segala masalah fizikal dan mental ; terutamanya masalah PMS umpamanya!

Manisnya bila tiba-tiba cikgu yang agak rapat denganku menelefon sewaktu aku dalam perjalanan ke sekolah untuk mengambil keputusan UPSR anak sulungku "Kak! Awat yang lambat sampai ni? Depa dah panggil nama Aishah naik podium ni! Dia dapat 5A!". Memang tak menyangka pun kerana Aishah berjaya atas usahanya sendiri. Aku dan suami sekadar menyokong segala keperluannya. Nama Aishah itu sendiri kebahagiaan dan amat berdikari dalam pembelajaran. Sekali-sekala saja aku perlu ingatkannya. Doakan PMRnya tahun ini!

Apa yang pahitnya? Tiada barangkali! Semuanya elok-elok belaka! Kalau ada pun jenuh juga aku mabuk setiap kali mengandung. Jenuh juga aku menahan kesakitan dari waktu tengah malam hingga keesokan lewat petang untuk melahirkan anak sulungku, Aishah. Namun aku memaklumi, itulah nikmat ibu yang melahirkan anak dengan penuh redha akan gugur dosa-dosanya. "Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya"...baca Wanita & Islam.

Buat suami tercinta, terima kasih kerana sudi menerimaku seadanya dan menjadi suri dalam hidupmu. Terima kasih kerana tidak mengenal lelah mencari rezeki yang lebih untuk kehidupan yang selesa buatku serta anak-anak. Terima kasih atas kasih sayangmu yang sentiasa berhemah dan berlemah-lembut terhadapku dan anak-anak. Terima kasih kerana sama-sama menyambut kelahiran dan mendidik 5 orang cahayamata yang 'chubby' belaka! He..he.. nak genapkan jadi 6?

Buat anak-anak tersayang, moga menjadi anak yang baik, berguna pada masyarakat dan soleh. Moga kasih sayang antara mama, ayah dan kalian sentiasa subur hingga ke akhir hayat. Kalian harus ingat bahawa mama dan ayah sentiasa menyayangi kalian. Setiap kejayaan yang ingin dicapai tidak akan mampu dimiliki jika hanya berpeluk-tubuh. Harus ada tindakan!

Anak-anak! Kita tidak akan pandai jika tidak belajar seperti tiada siapa akan mengenal huruf 'A' jika tidak pernah mendengar mahu pun melihat huruf 'A' itu. Begitu juga mesti mencuba menulis huruf 'A'. Semuanya mesti diulang-ulang sehingga mahir sebagaimana kita menghafal sifir. Seperti juga mama belajar memasak dan menukar tayar kereta sendirian (ops! Aishah ada menolong).

Harapan mama moga anak-anak mama berjaya semuanya. Dan yang paling penting bahagia di dunia dan akhirat. Kalian harus memikirkannya kerana mama tidak mahu menetapkan apakah pekerjaan yang perlu kalian lakukan bila dewasa nanti.

Buat anak-anak gadis yang masih bujang mahu pun yang bakal bergelar isteri dan seterusnya menjadi ibu harus punya sifat sabar yang tinggi. Aku pun bukanlah penyabar juga. Jangan serius sangat ye wajah tu dengan anak-anak. Perlu gurau-gurau juga bagi ceria. Perlu diingat sifat anak-anak juga berbeza walau pun dari kandungan yang sama. Menangani masalah mereka juga perlu disesuaikan dengan wataknya. Kenanglah kembali sifat kita sewaktu kecil dulu kerana anak-anak juga banyak akal dan kreativitinya. Macam kita masa kecil-kecil dulu juga!

Jangan salahkan orang lain jika anak kita nakal.. ke mana nak tumpahnya kuah??

Senang-senang tu bacalah tag Kerenah anak-anak!

24 comments:

ummiross said...

Terharunya dengan N3 ni, ummi pun pernah melalui saat2 ini, alhamdulillah sekarang dah besar2. Semoga anak2 Adzriel berjaya dan menjadi anak soleh dan solehah.

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : bila anak2 dah besar, kenalah merujuk pada insan2 seperti ummiross. banyak lagi yg harus dipelajari utk menjadi ibu yg baik.

FadhDeela said...

waaahhh kak terharu sedih smua ada la kak...akak mmg the best!! cayang akak :)

Meh singgah: Video Terbaikkk la yopp!!

Liza @ Adzriel AB said...

fadhdeela : eceehhhh deela.. cayang tu cayang gak! bila nak call ni? dating tak menjadi aje..he..he..

ayeesha anna said...

jenjalan tengok geng mama segmen en ben ashaari. salam kenal.

http://diarialeesya.blogspot.com/

Asterisk Boutique Administrator said...

sobsobsob....

Kak ija tulislah zaman bercinta pulak! hehe...

Jey said...

bahagianya baca entri ni..hihi :)

pantun buat akak..main hentam jek :D

pergi ke kedai membeli barang
singgah sebentar melawat taman
keluarga baik disukai orang
keluarga bahgia jadi idaman

dalam kolam ada kura-kura
bergolek riang bersama angsa
anak molek ibubapa gembira
moga akak bahgia spanjang masa

Liza @ Adzriel AB said...

Mamaleesya : TQ coz sudi terjah sini

Liza @ Adzriel AB said...

Asterisk Boutique : zaman bercinta..he..he.. abang ipar kau tu tak romantiklaa.. bolehlah kot bila idea mencurah-curah.

Liza @ Adzriel AB said...

Hafzan Sarah : ha..ha.. tergolek-golek kura-kura kegembiraan dgn pantun ni. TQ dear... muahhh!

lady dayana. said...

waaaa hehe saya suka entri nih ;)

cik ude hamid said...

mesti mama saya pon macam akak.
akak memang ibu yang terbaik...
semoga jasamu akan dibalas kelak.

Anonymous said...

Salam singgah dri bLog eN.BA =)

Liza @ Adzriel AB said...

rizaros : saya mesti follow, baca & tinggal komen.. hope dpt jenguk rizaros selalu.

Liza @ Adzriel AB said...

lady dayana : nanti tunggu dayana berceritalah pulak. bilalah agaknya ye..he..he..

Liza @ Adzriel AB said...

ilham_un : terharu dgn penghargaannya...akak aminkan je.. moga maintainlah sifat yg baik tu.

Liza @ Adzriel AB said...

Novelgurl : TQ dear for visit sini. appreciate sgt2.

siti norlaili yusof said...

suka sangat baca entri ni..
anak2 akak pun tunjuk pencapaian yg bagus. alhamdulillah..:)

mrs kayrul said...

salam kenal kak...terjah dari blog en ben & follow akak

hebat2 nyer anak akak......kagum betul

misza said...

hari ni jelajah blog ibu² jer dari blog Ben. bestkan bila anak² berjaya dlm peperiksaan.

Liza @ Adzriel AB said...

siti norlaili yusof : ishh.. sorang tu je. yg lain biasa2 je. moga jadi contoh pada adik2nya.

Liza @ Adzriel AB said...

shah-kayrul : salam shah... TQ sudi datang blog akak ni. belajar hebat kena seiring budi bahasa.

Liza @ Adzriel AB said...

misza : seronok tengok anak2 berjaya.

rinie din said...

salam perkenalan, singgah dari segmen BA. sudilah join ni. tq
http://creativmum.blogspot.com/2011/01/sudikah-anda-jadi-follower-kami.html