Kalau tinggal di kampung banyak bahan-bahan memasak yang boleh kita capai je di kiri kanan rumah. Bila tinggal di bandar pula kenalah membeli di pasar melainkan rajin memanafaatkan ruang yang ada di kawasan rumah sama ada terus di atas tanah atau dalam pasu.
Serai, pucuk ubi di sebelah dapur rumah mak di Jengka 16
Serai yang tak berapa merimbun.
Semasa aku remaja dulu memang mudah nak membasuh ikan. Capai saja buah limau nipis di pokoknya untuk membasuh ikan bersama garam.
Serai, daun kunyit atau kunyit hidup pun banyak di tanam. Bila mak nak buat kuih pun memang senang nak ambil daun pandan yang subur hingga sekarang di bekang rumah tu.
Bayangkan ye berapa ringgit kita habis untuk membeli bahan-bahan tersebut bila ke pasar? Tiga batang serai aje dah 50 sen. Sehelai dua daun kunyit pun 50 sen juga. habis dah RM1 di situ. Baru dua bahan, belum campur halia, limau nipis, daun kari dan sebagainya. Itu pun sekali beli atau mungkin sekali guna.
Mungkin sedikit saja nilainya bagi sesetengah orang. Tak semua orang selalu memasak pun. Kadang-kadang mungkin tak sempat juga nak menyiramnya kalau ditanam di rumah dek kerana sibuk bekerja.
Tapi seronok juga bila dapat berjimat duit yang sedikit tu. Bila nak guna aje, terus saja capai serai dan sebagainya di belakang rumah. Ambillah berapa banyak pun. Segar dari ladang! Tak perlu susah nak suruh suami ke kedai membelinya lagi. Suami pun sayang!
8 comments:
btol2..kalo jual bnd2 camtu kat kg mmgssh laku..tp jual kat bndar leh kayo..huhu
kat rumah mak ummi kat kampung pun camtu, mak main campak2 je pun boleh hidup, best kan Liza, boleh petik2 je...
Mak akk pon menanam sayur2 jugak...jimattt...
memang best bercucuk tanam ni... tambah2 kalau pokok ditanam tu hidup subur lg semangat nak tanam pokok yg br kan =)
betul tu..kalo boleh nak pindah rumah belakang umah mak..senang nk msk..;p
kak klu umah teres susah la sket..unless ade ruang yg besar..tp saya taman serai dpn umah saya,daun kari dan daun kunyit dlm pasu..tu je..
memang berbaloi kalau tanam sendiri limau nipis, serai, pandan tu semua. Sebab harga benda2 tu kat pasar di Shah Alam ni gila mahal!
sy pun suka camtu.. nak apa semua kutip ja kat tepi umah.. tu yg belajar2 berkebun sikit tu.. :)
Post a Comment