"apa ler nak g solat kat masjid kg baru kena tunjuk ic..br leh masuk. org yg lambt masuk nak solat dah kena tutup gate... aku mcm kat negara lain le pulak. 2 trak dah penuh jemaah nak solat zohor td."
Alamak! Susahlah nak hidup macam ni kan! Malaysia pun dah macam negara luar pulak dah. Sedih betul dibuatnya. Sampaikan nak solat pun susah di negara yang ugama rasminya Islam.
Kalau pagi tadi suasana lengang habis di KL, tengahari ini dah penuh dan padat dengan manusia yang turut serta dalam demonstrasi BERSIH. Kalau semua pakai baju kuning, bolehlah DiGiambil kesempatan buat iklan ye! Jimat kos!
Ini gambar-gambar dari facebook kawan-kawan.
Ramainya rakyat yang telah memenuhi jalan-jalan di kota Kuala Lumpur hari ini. Bak kata kawan aku hari ini di wall facebooknya, menu untuk luch hari ini hanyalah gas pemedih mata.
PENGERUSI BERSIH, Datuk S Ambiga dipapah oleh pengawal peribadinya selepas terkena gas pemedih mata ketika menyertai perhimpunan di KL Sentral hari ini. Ini gambar Berita Harian.
1 comment:
cayalah kak liza..
Post a Comment