iklan

Followers

Pages

Friday, 8 July 2011

Kereta Honda Civic yang mencurigakan



Nampak gambar kereta tu? Park kat tengah jalan dan lokasi yang mencurigakan aku. Memang curiga sebab rumah lot tepi ni tak ada orang, di taman sebelah tu pun aku tak nampak sesiapa. Jadi ke mana perginya si pemandu kereta ni.

Apa tujuan dia park kereta kat situ? Tak boleh ke letak bawah bahu jalan tu? Bukan tinggi pun bahu jalan tu dan ruangnya cukup sangat untuk sebiji kereta.

Kalau nak kata ke rumah jiran belakang rumah aku, apasal tak park depan rumah orang tu. Nak kata jiran seberang jalan yang berdepan juga rumah pun tak logik juga. Banyak parking kosong depan rumah orang tu.

Bila dah banyak kes kecurian kat kawasan ni, hati aku memang mudah nak cuak aje.

Semalam pun aku ada juga ambil gambar dua lelaki naik motor berlegar-legar kat area jalan rumah aku. Rupanya nak letak slip iklan kat pintu pagar. Kalau betul letak tu tak pe lah, jangan sambil letak iklan sambil intai peluang nak masuk rumah orang. Itulah masalahnya sebab seorang dua buat jahat, habis semua yang buat kerja letak iklan ni aku syak... ehhh! Hanya berhati-hati.

Kebetulan jiran depan rumah aku yang juga lot tepi bertentang dengan rumah dalam gambar ni balik. Aku beritahu dia nampak kereta tu park tengah jalan tanpa pemandu. Dia pun check, enjin kereta masih panas lagi. Maknanya bukanlah sejak malam tadi, takut juga kalau-kalau kereta curi ditinggalkan di situ.

Sebelum tu aku dah ronda keliling rumah jiran lot tepi aku ni takut ada mana-mana pintu atau tingkap yang terkopak. Dulu pernah ada pencuri masuk rumah dia ikut pintu sliding belah tepi. Nasib tak ada yang pelik.

Nampak macam kereta berkeluarga sebab ada tilam nipis di belakang, untuk baby agaknya. Ada satu beg plastik penuh dengan kertas warna pink. Mungkin iklan atau kad jemputanlah tu.

Tak kisahlah nak edarkan iklan ke atau kad, tapi letaklah kereta tu elok-elok kat tepi. Kalau ada yang terlanggar nanti tercalar pulak kereta cantik tu. Honda Civic tu! Rasa nak curi je..he..he.. Ikut hati tadi dah nak call polis aje!

Tapi baru aku nak ambil gambar ni, kereta tu dah nak bergerak. Aku tak nampak siapa pemandunya sebab baru je ambil kamera dari dalam rumah. Itu yang gambarnya nampak dari jauh je sebab nak cepat. Kalau terserempak kat mana-mana, Insyaallah aku kenal kereta ni.

5 comments:

isyam mirah said...

skrg ni mcm3 bnde blh jd kn kak..huhuhu..
nk kuar umah pom tkut..

shahjiehan said...

lawak jugak akak es ni..hahahhaa

Nuyu said...

skarang mcm2 cara diorg buat untuk dpt duit.. huuu. bahaya dunia skarang.. kena selalu waspada..

Aku Ibu Muda said...

bagus kak liza ni... jiran yg prihatin...wani lantik jadi presiden taman tu :)

ummiross said...

macam2 taktik orang nak buat jahat sekarang, untung ada jiran macam Liza