iklan

Followers

Pages

Wednesday, 13 July 2011

Kereta semak Vs kereta bersih

Membaca berita 'Peluh di stereng BMW X5 Wati' membuatkan aku tertarik dengan isi yang ini :

"Terdapat beberapa plastik kerepek dan kuih raya di bahagian belakang but kereta," katanya ketika memeriksa kenderaan itu yang ditemui di parkir Flet Angsana, USJ 1, Subang Jaya, pada jam 11.10 malam, 6 September tahun lalu."

Lebih kurang macam kereta aku juga le semaknya di tempat duduk belakang dan juga but kereta. Cuma kereta aku model Kelisa je, dia pakai BMW! Macam langit dengan bumi je bezanya. Impian nak Toyota Vios pun jauh lagi!

Anak-anak memang suka makan dan minum dalam kereta aku sebab aku memang tak kisah pun. Asal jangan buang sampah ke luar kereta aje! Pantang aku tu!

Berbeza dengan kereta sesetengah orang. Kadang-kadang ada anak-anak yang tak berani le nak suka-suka makan dalam keretanya. Mereka cukup cerewet pasal kebersihan. Malas juga nak kisah, dah kereta dia. Dia yang jaga dia yang bayar!

Korang cerewet ke? Bagus jugakan dapat mengajar anak-anak jaga kebersihan dan berdisiplin jangan asyik nak mengunyah aje dalam kereta.

Tapi seriuslah, aku memang tak sampai hati nak biarkan anak aku macam bosan je duduk dalam kereta dengan perjalanan yang jauh. Kena hati-hati juga kalau dah semak sangat dengan sisa makanan, ada lipas pulak dalam kereta. Kalau penuh dengan barang, susah nak duduk pulak ye!

Apa pun masing-masing punya cara...

6 comments:

Syazwan said...

kalo kereta lama..mcam wan..tak ape kot..kalo kete baru je beli..memang tak boleh la nak makan minum dalam kereta!

azam said...

salam singgah kenalan....

follow²

Aku Ibu Muda said...

ada je cousin yg cerewet...

perjalanan jauh dr kl-kelantan, tak boleh nk ngup ngap dlm keta

kalo nk mkn, benti tepi jalan...huhu

Ct Aja said...

btl2... dlm kete pun nak kunyah2 jgk...tmbh2 prjalanan jauhkan..

ummiross said...

berjalan sambil makan2 baru meriah kan...

diana said...

saya pun tak kisah..
suami pun..
tapi setiap kali lepas makan saya bersih kan..
suami tak de la nak bersihkan...
dia redha je..
hahhaha