iklan

Followers

Pages

Tuesday, 26 July 2011

Adik kawan add aku di fb, tapi tak kenal aku??

Semalam ada seorang lelaki add aku di facebook. Muda lagi, baru 20 tahun je. Aku confirmkan setelah melihat senarai mutual friendnya. Semuanya aku kenal dan taraf adik-beradik. Aku tengok nama lelaki ni pun sama je nama bapanya dengan semua mutual friend aku tu. Mungkin adik diaorang le agaknya, pada firasat aku.

Tiba-tiba pagi tadi dia komen di gambar aku dengan Arif "Comey anak awok!". Terkujat sekejap aku sebab dia panggil aku awok je! Rasa macam kurang budi bahasa pula sebab aku tak rahsiakan pun umur aku dalam facebook. Sepatutnya dia panggillah aku kak Liza.

Aku biarkan je komen dia. Pun terlintas juga di fikiran aku "dia ni kenal aku ke tidak? Tiba-tiba nak menyampuk gambar profile aku dengan gaya bahasa begitu".

Lepas tu dia hantar message ke inbox tanya pasal jamu yang aku jual. Jamu T.Warisan Anggun. Oklah aku jawaplah jamu herba angin sesuai untuk lelaki.

Tak boleh jadi, aku pun 'explore' akaun facebook dia. Terjumpa satu gambar dia berlatarbelakangkan sebuah rumah. Aku komen "depan rumah kat jengka ye..". Boleh pulak dia tanya aku balik macam ni?? klik gambar ni kalau nak jelas.


So aku tinggalkan je teka-teki untuk dia. Dia beritahu nama tu memang sama dengan nama aku. Kalau aku mengadu kat kakak-kakak dia ni, memang sah kena marah mamat ni. Aku memang cam gambar rumah tu sebab baru je bulan lepas aku ke sana sebab ada kenduri kahwin.

Lagi best kalau aku citer kat mak ayah dia..ha..ha.. kesian dia. Rupanya dia add aku bukanlah sebab tau aku ni orang kampung dia. Rumah mak ayah dia dengan rumah mak aku kira dekat je. Jalan kaki pun 5 minit dah sampai.

Agaknya terkedu dia kalau tau aku ni kawan baik kakak dia. Sama-sama belajar dari sekolah rendah di Jengka hingga menengah di Kuantan. Abang aku dengan kakak dia pun ada yang sebaya dan pernah sama dari sekolah rendah di Jengka hinggalah mereka ke MRSM Muar dan Taiping dulu.

Keluarga aku dan keluarga dia memang saling mengenali dan mesra. Jadi aku memang tak menyangka pun dia add aku bukan kerana dia tau aku ni jiran kampung dia juga. Terperasan lebih rupanya aku.

So hati-hati bila add kawan di facebook, takut nanti sibuk menyampuk komen rupanya orang yang dekat je dengan kita. Suka-suka je add... he..he..!!

5 comments:

mykhalis said...

itulah fb.. yang dekat tak kenal.. bila dalam fb suka suki je add..hehe

Ummiross said...

hehe kantoi,kelakar pun ada jugak, apa agaknya kesudahannya nanti Liza?

sitiezahim said...

saya pon agak strict unt add /accept orang..bukan sbb ape, kengkadang tak kenal tp add, then takde pon nak kasik intro sapa dia...huhuhu

umiawadah said...

kak Liza,sekarang ni saya hanya add keluarga dan saudara mara je kat FB...kawan-kawan yang terpilih je...bkn apa,kadang-kadang meleret-leret mesej kat FB dia yang kadang-kadang saya tak suka baca...dan mungkin tak sependapat dalam sesuatu perkara...(boleh ke macam tu?)

Puan Kutu said...

itulah nak accept kena tgok2 org jugak kan...nti klu add tak pasal2 kena remove balik pasal menyampah dengan status update beliau.huhu