Aku tak pastilah bagaimana dia uruskan kematian suaminya tu. Agaknya minda dia pun berserabut masa tu tu hingga mempengaruhi akal agar bertindak diluar batasan rasionalnya.
Kesian juga dengan wanita ini yang hidup sebatang kara. Kalau menurut berita, anak pun tak ada. Rumah pula nak dibayar sewa. Jadi bila hilang teman seumur hidup, mungkin juga fikirannya jadi celaru. Sedih bila aku memikirkannya.
Jika gagal bayar RM250, kena penjara 3 hari. Kalau korang pilih mana? Kalau yang rasa RM250 tu mahal dan patut guna untuk perkara lain, tinggal 3 hari dalam penjara bukanlah masalah agaknya. Lainlah jika duit tu berkepuk dalam bank, RM250 tu macam lekat celah gigi je.
Aku simpati dengan wanita ini walau pun tindakannya tu salah. Bayangkanlah usia wanita yang 71 tahun. Lebih kurang sebaya mak dan mak mertua aku aje yang sering sakit kaki, pening kepala dan tenaga pun dah berkurang. Fikiran pun agak bercelaru dan kerap sensitif bila dah berseorangan tanpa teman. Fikir-fikirkanlah.... haa.. cepat telefon mak korang kat kampung!
Berita penuh di Harian Metro kat SINI.
4 comments:
sian nenek...
tinggal kat penjara ade mkn kan?
penjara jer kot..
tp kesianlh..
memang simpati sangat kan, dah lah susah,umur pun dah 71 thn, takkan nak denda lagi, kesiannya..
Pada saya, lebih baik bayar RM250 kerana dalam masa 3 hari tuh macam2 perkara berharga yang boleh dilakukan. Masa jauh lebih bernilai berbanding wang ringgit :)
Susah juga buat pilihan antara suami dan undang2. Kalau pilih pesanan suami salah di sisi undang2, kalau ikut undang2 derhaka pula. Serba tak kena rasa.
Post a Comment