iklan

Followers

Pages

Monday, 4 July 2011

Suka kerja seni guna komputer

Anak lelaki aku si Amirul,13 kata gambar aku kat header baru tu nampak kerek je! Nampak muka eksyen sangat ke? He..he.. selamba je kau kutuk mama ni ye!

Lepas tu ada lak komen Muhammad Burn tanya apasal aku tak pakai font baru yang dia bagi? Sebenarnya aku terlupa. Ada banyak font baru aku dapat dari dia sampai naik juling mata aku menengoknya. Ribu-ribu!

Ini cuma sebahagian daripada sample font yang aku dapat sebab menang jadi pengomen nombor dua terbanyak selepas Diana dalam contest INI.

Dulu pun pernah dapat tunai RM30 dari Wani sebab menang mengomen juga seperti yang aku cerita kat SINI.

Suka sangat dapat hadiah pelbagai jenis font ni. Maklum sajalah, aku ni bukan pandai sangat nak mencari benda-benda begini. Agak slow. Lepas ni bolehlah cuba-cuba buat banner-banner cantik lagi. Wah! Boleh niagalah macam ni, ambil upah buat header dan banner! Dah berangan ni!

Insyaallah! Kalau ada usaha tentu boleh walau tanpa Diploma Komputer atau pun pengiklanan.

Ecehhh...! Memang minat aku pun suka buat benda-benda macam ni... sebab tu aku sayang sangat dengan kerja lama aku yang pernah jadi Drought Woman di TTDI. Seronok melukis pelan! Tak ada rezeki nak berlama kat sana. Dah kahwin kenalah pindah Bangi. Tak rela aku berjauhan.. he..he..!

3 comments:

ummiross said...

ada bakat seni rupanya Liza ni..

cantekk said...

alamak, kita takde header pon ;-D haha

diana said...

tapi saya tak dapat font tu sebab tak masuk kontestnye..hehehe..
kenapa tak gunakan kak..
kaau saya hadap yang itu je la sampai lupa nak buat benda lain..'hgeheheh