iklan

Followers

Pages

Monday, 18 July 2011

Isi yang berbaloi-baloi

Cuba korang tengok buah durian ni. Puas hati tak tengok isi dia? Memang sedap sangat! Hubby aku beli kat Semanggol, Perak semalam. RM35 untuk 11 biji durian. Berbaloilah kalau dapat rupa buah yang macam ni. Kalau kat Bangi ni tak dapatlah aku rasa yang secantik ini.


Malam tadi adalh dalam dua biji agaknya aku makan. Jangan jealous ye sebab malam tadi hubby aku yang masak bubur durian... he..he.. Suami mithali! Bukan bini yang masak.

Pagi tadi sarapan dengan roti celup bubur durian. Tengahari makan lagi durian sampai hubby suruh aku berhenti makan.

"Dah la tu mama! Banyak-banyak nanti panas!", hubby aku tegur.

"Ini ayah punya pasal la! Sapa suruh beli banyak, sedap pulak tu!" jawap aku dengan selamba.

Ni kalau adik aku tengok ni mesti jealouslah sebab dia pun lagilah hantu durian daripada aku ni. Dia siap boleh kopek sendiri durian tu. Aku biasalah, hubby le yang kopek durian tu. Aku tukang makan je... "sedaappppp"... itu Arif yang kata!

Memang aku gila durian!

7 comments:

diana said...

saya pun kopek sendiri je kak..
suami tukang beli je..
lepas beli saya suruh suami dengan maisar pi dok tengok tv saya nak berlapang dada didapur bersama durian..
hahahhha..
budak kecik tu pun makan durian???

amboi kak...
suami masak bubur durian gitu..
dia mamang suka mmasak ke kak.??
caya lah...
tak de sijil chef je eik..

A.s.t.i.n.a said...

alamakkkk sedapppnyeeee..

nak sketttttt...

ummiarissa said...

waaaa...Kak Liza...sedapnye....saya pun hantu durian...tapi baru-baru ni dapat makan durian yang harganya sebiji RM35...tapi dapat 2 ulas je lah...orang yang bagi...nasib baik dia nak bagi...

Kak Aya said...

T.E.R.L.I.U.R !!

Dinas Aldi said...

cantik sungguh ulas durian tuu, siap boleh bayang rasanya lagi..

nasib baik kat dapoq akak ni memang ada durian, nak pi terkam, haha!

Ct Aja said...

bestnya isi dia nampak tembam, mmg berbaloi2...hu2

kakchik@ella said...

durian feveret ku. hihi.