Baru sampai kelas Azri di 3 Cempaka. Naik tangga tingkat satu, oklah jugakan. Tak ramai orang masa ni. Jadi taklah lama sangat menunggu. Keputusan peperiksaan Azri merosot kat Matematik. Nak kena rotan ni! Sempat le berposing jap. Azri yang ambil gambar aku... he..he..
Sempat juga aku beramah-mesra dengan cikgu Azlina yang sedang sarat mengandung anak sulung. Kebetulan dia menjenguk jumpa cikgu kelas Azri. Alhamdulillah! Baru kahwin dah terus sangkut ye!
Terserempak dengan kawan hubby! Eh! Tak tahu selama ni anak dia sekelas dengan Azri. Itulah orang lelaki ni kan, hari-hari jumpa dan buat kerja sama-sama tapi masing-masing tak tahu anak-anak sekelas je rupanya. Topik anak-anak bukan minat diaorang le tu. Eaayyyy! Geram aje rasanya.
Kemudian aku ke kelas Asyikin pulak juga di tingkat satu tapi di bangunan yang berbeza. Itu pun nyaris ada murid yang tegur aku "mak Asyikinkan? Kelas dia kat tingkat ni je!". Peramah budak tu, macam aku jugak. Kalau tak terlajak juga naik setingkat lagi. Lupalah pulak! Maklumlah nak! Mak cik dah tua!
Adoiii.... apasal ramai sangat mak bapak 5 Tanjung ni. Apa nak buat! Terpaksa jugalah menunggu. Ikut rasa hati aku yang memang tak suka menunggu ni rasa nak aje mintak 'report card' kat cikgu dan terus balik.
Terpaksalah aku menjadi penunggu pintu sebab kerusi menunggu kat dalam kelas tu dah penuh. Kerusi yang aku duduk ni untuk sendal pintu tu sebenarnya. Azri menyorok Malu katanya!
Dapat dah duduk sebaris kat dalam kelas tu. Ada regu berborak pulak. Baru aje berkenalan tu bercerita pasal anak-anak. Ambil gambar buat kenangan. Dua-dua kiri kanan aku tua setahun je dengan aku. Kebetulan ye jumpa yang sezaman.
Keputusan peperiksaan Asyikin lagi tak best! Banyak berangan dalam kelas ni. Berat mulut nak bertanya pulak tu. Kalau Azri pulak penat nak layan soalan-soalan dia.
Lepas ambil 'report card' dah boelh ambil anak balik rumah. Aku dah kata dengan anak-anak aku tak payah bawa beg. Bawa satu-dua buku nak baca pun cukup. Tengok! Kan dah berat! Nak tolong bawakkan? Sorry le! Lain kali dengar cakap aku... kejam ke?
Parking dah tak berapa padat. Ini gambar masa nak balik jam 11.30 pagi.
Pukul 2.30 petang pula aku kena ambil 'report card' SRA Bandar Seri Putra pulak. Punyalah ramai umat. Nyaris juga aku datang awal sikit aje, waktu masuk kelas tu. Maka dapat juga aku parking kereta Kelisa aku elok-elok di tempat sewajarnya. Harap jangan ada yang 'block' pulak.
Kali ini giliran ambil keputusan periksa Asyikin dulu dengan Ustazah yang ngam dengan aku. Sekejap je dah siap sebab orang tak ramai.
Eh! Jawi pun boleh gagal, padahal dia boleh aje baca Jawi. Rupanya banyak ejaan yang salah! Aku pun selalu juga 'confuse' ejaan dulu dan sekarang. Memang banyak ejaan Jawi yang berbeza. Bahasa Arab tu minta maaflah, aku memang tak pandai nak follow-up kecuali ada notanya.
Letih naik ke tingkat empat untuk ke kelas Asyikin. Tangga curam pulak tu. Kena turun pulak ke tingkat tiga nak ke kelas Azri. Alamak! Ada tujuh ibu bapa sedang menunggu nak jumpa ustazahnya. Agak lama kat situ.
Keputusan peperiksaan Azri ok sikit. Tapi Bahasa Arab tetap merah. Ustazahnya pun kata dia rajin bertanya di dalam kelas. Memang le, dah ikut mulut mak dialah tu.
Hari tu aku letih naik tangga sekolah je pagi dan petang. Hati pun panas dengan keputusan yang ada. Sejak hari itu tiada lagi TV selepas habis berita di TV3. Padan muka korang!
Selasa depan, 12 Julai 2011 nak kena ambil yang terakhir iaitu keputusan periksa Amirul di SMK Bandar Seri Putra pulak. Bersedialah Amirul untuk aku cubit! Sebab hero aku yang ini pun memang cukup rilek walau pun esok nak periksa.
6 comments:
oooO..cikgu ye. :D
rindu plak kt cikgu zaman skolah dlu ^^
saat yang menakutkan time skola dulu..takut mak marah.. :p
aik?
kak liza, kesabaran yang inshallah membawa pulangan yang tak ternilai... :)
kak liza, jom support CNK ni,
http://pelangichanteque.blogspot.com/2011/07/segmen-best-bersama-cnk-yok-exchange.html
tq kak liza:)
dulu saya selalu kene soal jawab kalau mak review report card saya...setiap kali dapat markah tak best kene sediakan justification...huhuuh
da besar da anak akak e..
hehehe..
nampak muda.
;)
Post a Comment