iklan

Followers

Pages

Thursday, 7 July 2011

Rumah dimasuki pencuri di siang hari



Tengahari semalam aku dapat anak segera seorang. Tingkatan 1 dah. He..he.. kawan anak aku si Amirul yang nombor dua sebenarnya. Irfan namanya. Kawan baik dia sejak masuk tingkatan 1 tahun ini yang kebetulan rumahnya dekat juga dengan rumah aku, perumahan D'Sentral di Bandar Seri Putra.

Kadang-kadang bila aku kebetulan ambil Amirul balik dari sekolah, aku akan hantar Irfan sama. Dia pun dah selesa berbual dengan aku, tidaklah malu-malu seperti masa mula kenal dulu.

Aku pun suka Amirul berkawan dengan Irfan sebab dia budak baik. Setiap hari Jumaat, Amirul dan Irfan akan berjalan kaki ke masjid bersama untuk solat Jumaat. Ada juga sekali-sekala aku yang hantar mereka ke masjid dengan kereta Kelisa buruk aku tu.

Mereka juga selalu sama-sama jalan kaki balik dari sekolah. Irfan akan sampai dulu ke rumahnya. Tapi tadi, tak lama selepas Amirul sampai ke rumah, aku nampak Irfan datang ke rumah. Kebetulan aku nampak dari tingkat atas semasa sedang bersiap nak keluar ambil anak sulung aku, Aishah di SMKJ4, Bandar Baru Bangi.

Hairan juga aku waktu tu bila nampak Irfan datang. Rupa-rupanya rumah Irfan dimasuki pencuri. Katanya berasa cuak bila melihat pintu pagar terbuka. Pintu sliding pun kelihatan terjungkit seperti dikopak dan mangga pintu tu dah dipotong.

Irfan hanya melihat ruang tamu saja. Game PS2 adiknya turut hilang. TV pun dah senget kedudukannya. Tak larat agaknya nak alihkan sebesar 42 inci tu. Ruang tamu agak berselerak.

Dia tak berani nak naik ke tingkat atas kerana khuatir kalau-kalau si pencuri masih berada di situ. Itu yang dia terus datang ke rumah aku. Memang itulah pesanan aku pun jika dia ada apa-apa masalah sebab aku lebih kerap berada di rumah.

Mak dan ayahnya masing-masing bekerja di Pajam, Negeri Sembilan dan Putrajaya. Adiknya yang baru berusia 5 tahun tinggal di taska. Irfan pula akan terus pulang ke rumah sebaik saja habis waktu sekolah.

Berkali-kali Irfan dan aku cuba menelefon mak dan ayahnya tapi tak dapat. Aku buat keputusan bawa Irfan dan Amirul bersama untuk pergi ambil Aishah di sekolah. Sementara tu terpaksa hantar Asyikin dan Azri dulu ke sekolah rendah agama sebab lambat bersiap. Kesian pula nak biarkan pemandu van menunggu nanti.

Akhirnya aku sms ke handphone ayah Irfan mengatakan 'Irfan berada dengan saya'. Risau juga kalau-kalau dia tak menjawab panggilan sebab tak kenal nombor pemanggil. Ikutkan hati nak aje aku sms begini 'Irfan berada dengan saya, bayar tebusan RM50K jika mahu dia dikembalikan!'. Gurau aje! Aku tak buat pun.

8 minit kemudian barulah ayahnya call aku. Aku beritahu dia bahawa Irfan selamat dengan aku di Bandar Baru Bangi dan nak bawa pergi makan dengan Amirul dan Aishah. Selebihnya Irfan bercerita dengan ayahnya tentang rumah yang telah dimasuki pencuri tadi.

Selepas makan, aku singgah di kedai runcit beli bahan nak memasak sikit. Masa tu maknya Irfan pula yang call. Dalam perjalanan pulang ke rumah katanya.

Mereka kemudian singgah untuk mengambil Irfan di rumah aku. Masa tu pulak Irfan baru saja nak bersantai di bilik Amirul nak buat homework sama-sama. Mak dan ayahnya pun sangat berbudi bahasa berkali-kali berterima kasih dengan aku. Aku kata "Irfan budak baik, saya pun suka buat macam anak sendiri je!". Jadi aku pun tak ada rasa nak berkira sangat dengan Irfan.

Sukalah anak aku tu bila ada kawannya datang ke rumah. Lepas ni bolehlah suruh Irfan datang ke rumah aku aje selepas dia balik rumahnya untuk mandi, solat dan makan. Boleh belajar sama-sama dengan Amirul.

Nasib baiklah semasa pencuri tu masuk, Irfan belum sampai ke rumah. Biarlah hilang barang daripada anak kita di apa-apakan.

Sehari sebelum tu hubby ada beritahu aku kejadian erompak yang mengacukan parang di leher mangsa di Bukit Mahkota (dekat Nilai 3). Kejadian berlaku di rumah mangsa sekitar pukul 1 petang.

Hati-hati dengan keselamatan walau pun di rumah sendiri. Aku pun selalu kunci pintu pagar utama. Takut juga! Lebih-lebih lagi selalu terdengar kejadian di rompak di depan pagar rumah.

Gambar-gambar pencuri yang malang!

Malang yang dicari, dibelasah oleh orang ramai akibat mencuri!
Ngeri tengok! Gambar copy kat SINI

Ini pula pencuri yang malang juga! Ada kisahnya di SINI

5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Liza

Subhanallah
moga Allah pelihara keluarga dan harta benda kita

Wassalam

cikguNae said...

Assalamualaikum,
K.Liza... entahla dunia sekarang, kes macam ni dah jadi rutin pula... hari-hari mesti ada saja.
Semoga kita semua dilindungiNYA...

Dr K said...

Memang nasib baik adik Irfan tak sampai rumah masa pencuri tu tengah menggeledah rumah...

Dinas Aldi said...

alhamdulillah, nasib baik sungguh Irfan selamat dan bijak tak masuk dalam rumah bila tengok keadaan mencurigakan macam tu. nasib baik dia boleh pi rumah Liza, kesian dia..

ummiross said...

nasib baik ada jiran tetangga yang baik macam Liza, dapat jugak tumpang sebelum mak ayah balik...