iklan

Followers

Pages

Wednesday, 27 July 2011

Aku suka tengok diaorang hidup susah!

Beberapa hari lepas aku dah ternampak pasal krisis ni dlaam berita di TV. Pagi ini ternampak lagi berita tentangnya. Aku gembira....apasal gembira pulak bila orang lain dilanda krisis? Sebagai orang Islam aku suka hidup depa kucar-kacir. Dah banyak depa susahkan hidup saudara Islam kita di Palestin tu. Tak mampu nak ungkap derita Palestin yang telah diwarisi turun temurun. Sedih sangat bila teringat luka yang nampak dan tak nampak!

Copy paste berita dari Kosmo Online :

Sokongan ke atas PM Israel merosot
SEJUMLAH penduduk menyertai tunjuk perasaan bagi membantah kenaikan harga barang dan hartanah di Tel Aviv kelmarin.


BAITULMUQADDIS - Sokongan ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menurun susulan bantahan rakyat terhadap kos sara hidup di negara berkenaan yang melambung tinggi, menurut satu kaji selidik yang disiarkan semalam.

Akhbar tempatan, Haaretz melaporkan bahawa kaji selidik terbaharu itu mendapati 32 peratus rakyat Israel berpuas hati dengan prestasi Netanyahu manakala 54 peratus lagi sebaliknya.

Netanyahu yang mengetuai pentadbiran campuran yang diterajui parti pimpinannya, Parti Likud, menyatakan, beliau akan mengumumkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup tersebut.

Harga barangan makanan di Israel melonjak lebih 40 peratus sejak beberapa bulan lalu termasuk harga keju kotej yang merupakan makanan ruji di negara itu.

Selain produk makanan, harga petrol turut melambung kepada lebih AS$8 (RM23.65) untuk 3.7 liter manakala harga rumah pula jauh lebih mahal berbanding beberapa tahun sebelumnya.

Sebuah flat dua bilik di sini atau bandar Tel Aviv kini berharga sekitar AS$500,000 (RM1.4 juta).

Parti Likud kini menduduki 27 kerusi daripada 66 kerusi pentadbiran campuran Israel.

Pilihan raya umum Israel dijadual diadakan pada tahun 2013. - Agensi


4 comments:

mas saari said...

tumpang gembira gak! dia dah byk susahkan hidup orang islam..

Hanis Azla said...

biar mereka pula yg porak peranda selepas bertahun2 masyarakat islam di palestine di tindas..

Zura said...

saya pun suka berita ini....
semoga mereka makin porak peranda... alhamdulillah

Anonymous said...

Heh...baru naik harga sikit dah bising itu ini. Sesuai la (walaupun sebenarnya tak sepadan lansung) dgn apa yg diorg dah buat kat rakyat Palestin.

Dah masuk tempat org, pastu claim jd tempat sindri. Muka taktau malu, lama2 backfire kat diri sendiri.