iklan

Followers

Pages

Friday 8 July 2011

Blackout lagi! Senaman tanganlah pulak!

Malam tadi tiba-tiba blackout pulak dah dari pukul 11.00 malam sampai 12.10 malam. Hubby pulak tak ada kat rumah, keluar jumpa kawan zaman sekolah menengah dulu di Putrajaya.

Nyaris juga anak-anak tak menjerit. Menjeritlah! Memang saja nak kena marah dengan aku nanti. Setakat blackout je, buat apa nak menjerit. Tak ada maknanya. Teringat masa tinggal di asrama dulu. Asal blackout je, adalah yang nak menjerit! Awww... sakit telinga aku.

Baik juga baby aku, Arif bertenang didukung oleh abangnya Amirul. Bagus Arif sebab tak menangis!

Maka merabalah aku mencari lilin di dapur. Adalah dua batang lilin yang panjangnya separuh aje. Tak jumpa pula mancis tapi tercapai pula pemetik api dapur. Itulah yang aku gunakan untuk hidupkan api dapur supaya dapat nyalakan lilin.

Sambil tu aku suruh anak sulung aku, Aishah ambilkan lampu sulung dalam almari di bilik aku di tingkat atas. Dia bawa turun dua batang lilin lain yang masih elok. Aku pun tak tahu ada lilin lagi kat tingkat atas.

Mulanya dia nak pasang kesemua empat batang lilin sebab gelap katanya. Gelap tak setara mana pun. Masa kecil dulu aku pun biasa guna pelita. Anak zaman sekarang semuanya pakai lampu elektrik. Kenal pelita pun masa dekat nak raya, itu pun kalau ada yang nak pasang pelita.

Aishah kata "Diaorang ni nak suruh kita sokong kempen 'Earth Hour' ke?". Ha...ah! Iyelah agaknya? Join kempen 'Earth Hour' secara terpaksalah ni. Jimat sekejap. Satu taman bergelap. Siapalah yang buat pasal agaknya! Dah la banyak kes jenayah berlaku sejak akhir-akhir ini. Takut juga kalau ada yang ambil kesempatan dalam kegelapan ini.

Jiran aku terpaksa keluar ke kedai membeli lilin. Larislah jualan lilin malam tadi!

Dia tanya aku "Kak Liza nak lilin ke?". Kebetulan aku dengan anak-anak di halaman rumah masa tu sebab kepanasan. Pintu pagar besar tetap dipastikan berkunci.

"Eh! Tak pe! Stok lilin ada lagi. Kalau habis sat ni Kak Liza pi ketuk rumah hangpa mintak lilin!" balas aku dengan sengih sekali.

Memang 'Earth Hour' lah gamaknya... elok aje blackoutnya sejam lebih sikit. Setengah jam selepas blackout tu aku dan anak-anak dah pakat-pakat baring di ruang tamu.

Suis lampu semua OFF kecuali lampu halaman rumah aje. Suis kipas dibiarkan ON supaya bila dah pulih nanti kipas terus berpusing. Soket TV dan komputer pun aku suruh anak aku cabut aje. Lepas tu baru aku call hubby hanya nak maklumkan keadaan aje. Tak payah beli lilinlah yang!

Aishah dan Amirul terlelap atas sofa, manakala Azri, Asyikin, aku dan Arif di lantai karpet ruang tamu aje. Aku bentang tilam kecil aje untuk Arif. Malas nak bentang tilam besar yang nipis tu sebab kalau dah ada elektrik nanti tentulah anak-anak akan beralih ke bilik masing-masing.

Tangan pula naik lenguh mengipaskan Arif. Senaman tangan!

Jam 12.10 malam barulah ok semula. Tapi masing-masing malas nak naik atas sebab mengantuk. Hubby aku balik pun tak ada siapa yang nak ikut dia sama naik ke bilik di tingkat atas. Hinggalah kira-kira pukul 2.00 pagi aku terpaksa kejutkan semua anak-anak supaya naik ke tingkat atas sebab Arif kepanasan tak dapat tidur. Sibuk si kecil tu merengek-rengek ajak aku naik atas.

Aku tak kisah pun tidur di ruang tamu sekali-sekala. Apa salahnya sekali-sekala tidur tanpa aircond, kenalah fleksibel. Teringat juga ada orang lain yang sangat susah tidur hanya beralaskan tikar buruk di lantai yang sejuk. Hidup ni tak bolehlah nak manja sangat.

No comments: