iklan

Followers

Pages

Friday, 8 July 2011

Dulu tadika, ini tabika pula diserang lelaki bersenjata

Ngeri aku baca tajuk akhbar Harian Metro "Bunuh aku!" pagi ini. Ini kes lelaki yang menawan seramai 30 orang murid tabika di Muar, Johor.

Bukan murid aje yang trauma, malah 4 orang gurunya juga. Lamanya mereka menjadi tawanan dan terpaksa menghadapi saat cemas sejak jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Waktu sepatutnya murid-murid habis kelas pun sekitar pukul 12.00 tengahari. Nyaris tiada yang cedera semalam.

Teringat aku kes tadika kena serang dengan seorang lelaki yang menukul kepala murid dan guru. Darah kelihatan merata-rata di atas lantai. Kejadian tu berlaku di Muar juga, boleh baca kat SINI.

Risau dengan keselamatan anak-anak tidak kira di mana mereka berada. Kejadian yang berlaku pada kawan anak aku baru-baru INI pun membuatkan aku lebih berhati-hati sambil sekali-sekala memerhati orang yang lalu-lalang di depan rumah.

Tanggungjawap pemilik dan pendidik di tadika, tabika atau pun taska sangatlah berat untuk memastikan anak-anak didik mereka sentiasa selamat. Tidak kiralah sama ada keselamatan dalaman seperti mengelakkan anak-anak tercedera akibat 'ketangkasan' sendiri atau kes di serang dari pihak luar seperti yang berlaku di Muar.

Mereka harus tegas mempraktikkan langkah-langkah keselamatan. Inilah yang perlu difahami dan mendapat kerjasama yang sebaiknya daripada ibu bapa juga. Kadang-kadang ada juga ketetapan yang kita sebagai ibu bapa rasa sukar nak ikut. Kalau aku senang aje, cari tadika yang sesuai dengan kehendak aku. Jangan gaduh-gaduh!

Suspek pun telah meninggal dunia pukul 9.15 malam tadi akibat parah di kepala terkena tembakan pihak polis. Ada penyakit sawan seperti yang didakwa oleh ahli keluarganya. Kesian aku pada mangsa-mangsa tawanan dan simpati juga dengan suspek yang kehidupannya jadi begini.

Berita selanjutnya boleh baca kat Harian Metro :

1 comment:

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

muar..kmpung ku. dekat dh ngan rumah tu. hurm..