Aku tunduk dan lansung capai benda yang aku nampak tadi dalam bakul sampah tu. Ada dua ketul ayam bahagian kepak dan peha yang masih banyak isinya. Kulitnya dah habis semua. Terguris hati aku. Sedih sangat! Hati aku jadi sebak bercampur geram dan rasa nak menangis pun ada.
Aku terus basuh kedua-duanya dan letak dalam bekas plastik kecil. Aku panggil anak kedua aku, Amirul (13 tahun) ke dapur. Aku suruh dia bawa naik atas bekas tu dan tunjukkan pada ayahnya. Kalau aku yang bersuara memang berdesinglah telinga siapa yang buat tu angkara tu sebab hati tengah panas. Jadi aku serahkan pada hubby untuk bagi kaunseling. Jika aku tak puas hati, barulah aku tambah 'asam'nya.
Aku boleh agak dah siapa punya angkara yang makan selalu tak habis. Itulah anak aku yang paling kurus antara lima adik-beradiknya. Azri yang baru 9 tahun. Tapi kali ini agak melampau kerana isi ayam tu masih banyak.
Mungkin ada antara kita yang rasa apalah sangat dengan dua ketul ayam. Sikit aje tu! Geli agaknya ambil semula dari bakul sampah. Itu pun sebab beg plastik baru letak, kalau tak rasa tak sanggup juga agaknya.
Walaupun hanya dua ketul ayam tapi nilainya tinggi bagi aku. Kalau di kedai hampir RM6 bagi yang dah siap goreng. Apa RM6 boleh buat untuk aku? Dua hari selesai bayar tol untuk ambil anak sulung aku dari sekolah diSMKJ4, Bandar Baru Bangi. Boleh juga dua hari belanja sekolah untuk anak aku, Amirul.
Seboleh-bolehnya cubalah mengelak dari membazir secara sengaja ni. Moga ada sedikit keinsafan bila membaca entry kawan aku ni : Korang rasa korang susah?
Sejak hari itu Azri akan beritahu aku jika ada lauknya yang tak habis. Biasanya aku suruh dia ambil sikit dulu. Kalau nak boleh tambah sikit-sikit. Aku memang tak suka orang makan tak habis. Hanis Azla tau sangatlah licinnya aku makan masa dating dengannya kelmarin. Dia pun sama.. sedap!!
10 comments:
slalu adik sy makan tak habis. mak tlg habiskan lebih dia makan. kalau sy geli. dia dah la malas gosok gigi. huhu
membazir itu amalan syaitan.. ^_^
lana pun sama kak..menyampah bila makan kat luar, ramai sangat yang makan tak habis.. jeling kanan kiri, semua makan tak habis. Apa punya orang daa..da makan kat luar, snggup bayar, pastu tak habis.. bagi org, golongan macamni, tak reti bersyukur dgn nikmat yg ada..
memang rasa rugi jer kalau tak abis makan, terutama klau anak-anak tak habis, rasa nak membebl je
sedih jugak bila makanan tak habis...
akak pun rasa bersalah ni..huhu..
anak-anak cik ton pun selalu mcm tu, masa nak beli semua nak, tapi bila dah makan selalu tak habis...bila nasihat ikut la kejap lepas tu emmm...
sllu tgk org sssah baru timbul insaf
MasyaAllah!, besarnya cubaan...,semoga mereka tabah menghadapi. InsyaAllah, kita sama2 membantu, klu no.acc mcm ni senang sikit.
laa kenapa tak ajak ummi dating sekali? ummi pun boleh makan kasi licin gak, hik!
lepas ni kalo ada jodoh jumpa akak n gi makan sama2, kena hati2 lah...errr... :D
Post a Comment