Tetamu yang hadir
Pengantin yang gila-gila
Risau juga kalau-kalau pengantin perempuan mabuk akibat hamil semasa kenduri di sebelah pihak lelaki ini. Tapi belum hamil lagi katanya. Tak pe, ada rezeki nanti akan Allah beri juga. Teringat entry lama aku yang bertajuk 'Kenapa tak ada anak??'.
Aku sampai ke rumah pengantin lebih kurang pukul 12.15 tengahari. Hubby aku awal-awal pagi dah ke sana dengan anak-anak yang lain. Aku cuma dengan Aishah dan Arif saja. Memang sengaja bawa kereta asing sebab takut hubby balik lambat kerana nak menolong mengemas selepas kenduri nanti. Itulah anak saudara daripada satu-satunya kakak yang dia ada pun.
Dua orang anaknya dah selesai kahwin tahun lepas dan tahun ini. Tinggal dua orang lagi anak lelaki yang masih baru nak mula bekerja. Anak-anak aku lambat lagi.. he..he..
Aku punya!! Berat tu!
Selepas kenduri aku lepak dan berbual beramai-ramai dengan anak-anak saudara sepupu suami pada kakak ipar aku. Almaklumlah aku ni peramah, boleh saja nak join walaupun mereka tu bukan keluarga belah aku pun. Semuanya dah besar-besar belaka belajar lagi dan ada yang tunggu nak kahwin aje dah.
Lepas tu barulah mula gotong royong melipat kain alas meja dan sebagainya.
Sementara Arif di layan oleh kakak dan abangnya, aku menolong menyapu sampah, membuka kain-kain hiasan khemah, mengutip dan menyusun semula kerusi-kerusi bersama-sama anak-anak saudara dan jiran-jiran kakak ipar aku. Depa buat cara koperasi kat Seremban Jaya tu. Memasak pun memang pakat-pakat dengan jiranlah.
Arif seronok sangat sebab terasa bebas sangat berlari ke sana-sini.
Bagi peluang!
Sambil buat kerja sambil berborak dengan anak saudara aku, adik pengantin yang baru mula kerja tahun ini. Masa ni lah aku nak menasihatnya tentang kerja, tentang awek dan pelbagai dugaan hidup. Tapi cara aku tetap sempoi. Orang lain kalau tengok mungkin macam adik dengan kakak je sebab anak-anak saudara aku iaitu anak-anak kakak ipar aku semua dah berumur 20-an belaka.
Basuh periuk dan pinggan mangkuk aku tak buat. Itu pasangan pengantin yang selesaikan. Inilah baru cara kampung, tak ada nak manja-manja pengantin terus bersantai lepas kenduri.
Aku kesian dah tengok kakak ipar pun dah tak larat sangat. Penat buat kerja kahwin ni.
Badan pun dah berpeluh-peluh, memang nikmat bila dapat mandi. Aku pinjam track bottom kakak ipar dengan T-shirt anak saudara je dah sebab tak bawa baju pun. Tak kisahlah sebab anak-anak saudara sebelah hubby memang rapat pun dengan aku. "Minggu depanlah makcik pulangkan T-shirt ni ye!".
Anak-anak aku nak balik lambat sebab leka nak melayan anak-anak kucing yang comel ni. "Balik lah nak! Esok nak sekolah!".
Miawww...
Lepas maghrib baru aku bergerak balik. Banyak kenderaan dalam perjalanan balik dari tol Senawang hingga tol Putra Mahkota. Nasib baik tak jem saja. Aku pun pandu perlahan aje, dalam 80-90 km sejam. Bila aku dah sampai rumah, hubby pulak call tanya trafik di highway macam mana. "OK je yang! Cuma hati-hati jangan laju!".
Sekali-sekala join gotong-royong begini memang menyeronokkan.
Bolehlah lepas ni honeymoon ke Phuket, ada pakej istimewa di SINI.
p/s : Patutnya dapat jumpa Cik Eka, tapi tak ada rezeki sebab last week dia dah balik Seremban.
8 comments:
alololo bestnyaaa.....sedih jugak tak dapat jumpa akak.insyaAllah lain kali kita jumpa ye kak..
eka pun tak sengaja balik seremban haritu..hehehe
comel la kak penagantin tu
Liza,kenduri kendara ni yang paling best dapat jumpa sedara mara,kadang yang bertahun tak jumpa pun boleh jumpa kat kenduri
berat bunga telur tu!! :P
memang musim kenduri kahwin sekarang ni...gantung kuali lah nampaknya!
kenduri kawin mmg penat..tp sonok coz sekali sekala dpt kump rmai2 family
kenduri kawin mmg penat..tp sonok coz sekali sekala dpt kump rmai2 family
kenduri kawin mmg penat..tp sonok coz sekali sekala dpt kump rmai2 family
Post a Comment