iklan

Followers

Pages

Saturday, 2 July 2011

Jangan malukan diri sendiri..

Tersenyum je aku bila baca satu komen di shoutmix "singgah and follow". Aku pergi jenguk blognya dan lihat profilenya. Tak nampak pun nama blog aku dalam senarai yang dia follow. Nama dia pun aku tak jumpa dalam senarai follower aku.

Aku memang agak detail bila mencari bukti sebab takut juga tersalah kata. Kalau tersilap juga, kenalah mohon maafkan.

Aku bukanlah terdesak sangat nak paksa orang follow blog ni tapi rasa macam dia pulak yang 'desprate' sangat nak orang follow dia.. Samalah karektor dalam entry aku dulu NI.

Bagi aku, janganlah malukan diri sendiri dengan mengatakan kita buat sesuatu yang kita tak buat. Lebih-lebih lagi orang lain senang-senang je nak siasat betul ke tidak kita dah buat. Orang lain akan jadi cuak dengan kejujuran kita. Elok-elok niat orang lain sudi nak membalasnya jadi terbantut pula hasrat tu.

Samalah halnya bila kita kata dah study tapi keputusan peperiksaan merosot! Siapa yang nak percaya? Lainlah kalau keputusan tu ada perubahan yang lebih baik walau pun sedikit daripada yang dulu. Ye lahkan! Kalau hal peperiksaan biasanya memanglah takut juga nak mengaku kata memang tak study. Jadi kalau takut kena marah dek mak ayah, kenalah buktikan kemajuan walau sedikit. Sekurang-kurangnya ada juga fakta.

Kalau tak follow blog aku pun bukannya aku nak marah pun. Itu lebih baik daripada kata follow yang sebenarnya tidak.

Ini pulak entry Diana tentang follower. Diana seorang surirumah sepenuh masa dengan follower dah 2829 setakat entry ni aku taip. Cantik nombor tu Diana :

Ramai juga yang selalu datang blog aku tapi tak follow pun dan aku tak pernah nak marah pun. Ramai juga yang aku belum follow back pun tetapi jika rajin komen, Insyaallah senang aku nak ingat.

Kalau pengomen tegar macam Diana bulan lalu tu memang aku hargailah letakkan linknya antara post dan iklan di atas. Tiap-tiap bulan memang Dianalah yang topnya pun. Sebaris dengan penyumbang trafik tertinggi bagi blog aku bulan lalu iaitu blog Ben Ashaari danIzahDaut.

Mereka yang berada dalam bloglist aku tu pun semuanya penyumbang tetap trafik untuk blog aku. Terima kasih Ummiross yang pagi-pagi dah datang jenguk blog aku hari ini.

5 comments:

Syazwan Che Deraman said...

hhhehe..
ramai yang macam tu kak.
dorang desperate kumpul follower.
kekadang pelik gak..
follower mereka ramai.
tapi trafik seket..

have a good day kak!

jeBateja said...

kat shout tu depa pakai auto kan kak....taip sekali jerk..pastu leh masuk kat semua org yg guna shout box yg sama.....sebab tu den tak suka nak klik nama yg ada dlm shout...kecuali mmg den kona....

Wardah alisya said...

ye lah kak..alisya pun selalu kena macam tu..apa lah salah kalau follow betul2?

umiawadah said...

saya dah banyak kali kena macam tu...apa lah diorang buat macam tu....kadang-kadang saya rasa macam dipermainkan je..chewahh emosi ni...

Ibu Muda 30series said...

penah gak terkena gini..check2 tengok...lhooo..tak follow pun...hihi

tp abaikan. malas nak layan :)