iklan

Followers

Pages

Saturday, 16 July 2011

Anak sertai kem anak soleh

Anak perempuan aku, Asyikin dah tertidur kepenatan. Aku ambil dia balik dari sekolah pukul 12.30 tengahari tadi dari SRA Bandar Seri Putra. Dia tidur di sekolah selama satu malam.

SRA Bandar Seri Putra mengadakan Kem Anak Soleh bermula Jumaat hingga Sabtu (15~16 Julai 2011). Hanya pelajar tahun 4 dan 5 sahaja yang terlibat rasanya. RM15 aje kena bayar, murah sangat nak dibandingkan dengan ilmu dan pengalaman yang sangat berharga untuk anak-anak.

Aku terus setuju aje! Dapat juga dia menyertai aktiviti seawal subuh dan aktiviti motivasi yang lain walau pun hanya 2 hari 1 malam. Dia pun beriya-iya benar nak turut serta. Lagi pun cuma 3 minit aje jarak dari rumah aku ke sekolah tu kalau nak kereta la!

Aku suka kalau anak-anak dapat menyertai kem-kem motivasi begini. Elok untuk sahsiah mereka. Jika aku yang nak mengajar mereka, tentulah tidak cukup ilmu untuk memberikan segala macam pengalaman berguna. Peluang-peluang beginilah yang patut aku ambil untuk kebaikan anak-anak.

Pada 27 hingga 28 Mei lepas pun Asyikin ada join perkhemahan pasukan beruniform bawah seliaan SK Bandar Seri Putra. Boleh jenguk gambar-gambarnya di SINI.

Teringat pula semasa aku darjah 5 dulu pada tahun 1984. Aku turut serta dalam program kelas tambahan untuk murid-murid darjah 5 yang terpilih dari serata Jengka selama 10 hari di SK Bandar Pusat Jengka, Pahang.

Kami perlu berkampung di sekolah itu selama 10 hari, macam tinggal di asrama. Katil kami hanyalah meja dan kerusi yang disusun di tingkat atas sekolah dan kelas dibuat ditingkat bawah pada sebelah pagi, petang dan malam. Tilam dan bantal kena bawa sendiri.

Masa tu baru darjah 5 tapi kena basuh baju sendiri seperti kehidupan di asrama biasa. Kalau anak zaman sekarang, boleh ke agaknya?

Sebab itu jugalah aku dapat ramai kawan dari Jengka-Jengka yang lain. Ada antaranya yang dapat aku hubungi semula melalui facebook. Pengalaman yang sangat berguna buat aku masa tu. Orang lain bercuti 2 minggu, kami dapat cuti 4 hari je lebihan daripada 10 hari tu.

p/s : Asyikin dah tertidur depan TV. mengantuk sangat sebab kena bangun pukul 4 pagi. Tak dapat tidur katanya sebab sempit. Ada kawan yang nak menumpang tilam kecilnya yang panjang (boleh gulung atau lipat - bertali)

5 comments:

Kalamhati said...

Alhamdulillah..program yg bermanfaat utk anak2..semoga mereka jadi anak yg soleh..=)

cukup kagum dgn parents yg ada kesedaran menghantar anak2 utk didikan fardhu ain..dr hantar ke program kanak2 yg tidak bermanfaat langsung

Student uniSZA said...

kalau baru balik dari kem je , sure penat kan .. ye lah dah name kem jadual pack , tido pon xcukop ..haha

moga anak kak liza soleh dan solehah semuanya :) rindu pulak nak ber kem kem nih ^^

jeBateja said...

hik....hik....anak kita ada yg sebaya erk kak liza....ahakz

Puan Kutu said...

dhlama tak berkem..teringin pulak..bkn ank jer nak..mak ank pun mau nie..:)

nur said...

BAGUSNYE.. BERUNTUNG DAPAT PELUANG CAMNI KAN..