Cuti sekolah hujung tahun lepas, 6 Disember 2010, aku pergi bersantai di Mines dengan dua orang anak ; yang sulung (Aishah) dan yang kedua (Amirul). Lebih kurang pukul 2.15 petang keluar dari rumah menuju Cheras dulu atas urusan kerja.
Bila nak bergerak dari Cheras saja, tiba-tiba 'auto door lock' kereta Kelisa kesayanganku tak berfungsi pulak. Terpaksa check semua pintu kereta dulu baru lock cara manual.
Risau juga aku, tambahan pula dengan dua orang anak dalam kereta. Aku cukup concern pasal safety walaupun kadang2 brutal juga drive kereta kecik aku tu.
Hari Isnin, tapi kelihatan ramai betul yang datang ke Mines. Yang kelakarnya aku sentuh kad 'touch n go' aku tu tak mau bukak pulak palang tu. Geram juga... tonyoh kad tu pun tak ok gak.
Hari Isnin, tapi kelihatan ramai betul yang datang ke Mines. Yang kelakarnya aku sentuh kad 'touch n go' aku tu tak mau bukak pulak palang tu. Geram juga... tonyoh kad tu pun tak ok gak.
Ternampak staff parking kat sebelah kiri satu lagi entrace tunjuk cara, barulah ok. Patutle... gambar tempat nak sentuh kad tu dah hilang. Aku pulak main redah aje... kena sentuh lama sikit baru ok. Ishhh... lembab betul.. plus tak friendly user!
Banyak level yang parkingnya penuh. Pusing2 dan turun level dua kali barulah dapat park kat L1.
Bila nak lock kereta je, baru aku perasan lambu brek aku masih menyala. Laaaa... rupanya lampu tu menyala sepanjang perjalanan dari Cheras ke Mines. Mula le gelabah tapi under control le. Takkan nak tinggalkan kereta macam tu je.
Aku terus call mekanik peribadi (konon!), abang Sudin kat Seremban. Macam biasalah dia suka aje nak menyakat aku suruh balik je. Mana boleh.... dah plan dengan anak2 ni nak tengok movie.
Dia suruh aku check ruang di antara pedal brek. Rupanya ada ring hitam yang antara pedal brek dengan sensornya dah pecah. Walau pun brek dilepaskan, suis sensor brek tak OFF. Fikir punya fikir aku pun selitkan kertas kecil supaya ia tersepit dan kena pada suis sensor. Bolehlah OFF kejap sementara nak masuk tengok movie.

Tengok cerita Harry Potter hari tu.
Bila nak balik, terpaksalah aku redha dengan lampu brek yang sentiasa ON sepanjang perjalanan balik ke rumah. Bawak perlahan sajalah di lorong kiri sekali.
Bila hubby balik rumah, mengadulah kat dia masalah tu. Malam tu juga kitaorang buat projek Mac Gyver guna getah hitam bulat sebesar duit syiling sepuluh sen yang selalu kita letak sebagai pelapik (rubber washers - bukan pencuci tau!) dalam paip sinki tu. Getah hitam tu aku ikat guna 'cable tie' paling kecil dan ajaibnya ia bertahan hingga sekarang. Pergh.... 6 bulan dah!
Macam ni lah rupanya getah hitam dan 'cable tie' tu.
1 comment:
so..itu namanya KAIZEN kan....kan....ahakz
Post a Comment