iklan

Followers

Pages

Saturday 9 July 2011

Respon entry Honda Civic hitam!!

Inilah respon silent reader aku melalui inbox facebook berkenaan entry aku tentang 'Kereta Honda civic yang mencurigakan'. Nampaknya aku kena buat report ni.

"salam.... kak pasal citer honda civic dlm blog akak tu.... nurul ada citer gak pasal kete honda civic nie....
bila nurul baca citer akak tu tetiba je bulu roma nurul naik...hahaha....
rumah member huby kat gan surau yg baru nak buat tu....Kalau dari tol boleh nampak umah dia.... tahun nie aje dah 2 x dimasuki pencuri..... siang2 hari. kali pertama masuk banyak brg yg dikebas.... kali ke 2.... sikit je kot....
mengikut saksi2 n rekod polis.... suspek menggunakan kete honda civic warna hitam....
sekurang2nya kalau ada org yg perihatin spt akak... boleh membantu sedikit sebanyak kes2 spt kecurian nie."

Aku memang sensitif sikit dengan kes kecurian ni. Masa bujang dulu pernah juga rumah aku dimasuki pencuri semasa aku dan kawan-kawan pergi kerja.

Hasil kerja polis yang cekap dapat juga berkas pencuri tu. Yang seronoknya cincin aku kenangan dari mak dapat semula. Kami ambil barang-barang di balai polis Kajang. Budak yang mencuri tu rupanya kerja sama dengan kilang kami bekerja dan tinggal di asrama yang sama. Dia memang dah faham bila kami tak ada di rumah.

Tapi pencuri zaman sekarang lebih-lebih kejamnya hingga sanggup membunuh. Itu yang aku takutkan. Jadi, sama-samalah kita membenterasnya.

p/s : Terima kasih Nurul, silent reader aku yang setia kerana memaklumkan perkara ini.

4 comments:

Anonymous said...

aku rindu nak tengok undang2 islam dilaksanakan...insyaAllah perkara2 mcm ni tak berlaku

Ibu Muda 30series said...

teringat rumah kena rompak masa bujang dulu...huhu

jeBateja said...

wahhh...bahya ni.....kejiranan kita sekarang dlm bahaya....kat forum putra mahkota selalu ada laporan pecah masuk....

qasehraihan said...

menakutkan..