iklan

Followers

Pages

Monday, 18 July 2011

Budak 2 tahun nak basuh kain

Arif, budak 2 tahun buat ni buat kerja membersih lagi. Kelmarin operasi bersih di sekolah abangnya, boleh tengok apa dia buat dulu :

Masukkan jubah mama dalam mesin basuh!


Adehhh... susah le pulak! Sempat posing lagi kat kamera.


Ada hati nak tutup penutup mesin.
Terpaksalah mamanya membantu, takut tersepit tangan tu nanti adik oiii!


Tak puas hati, nak check ada lagi ke tidak baju kotor.


Habis dah! Simpanlah semula bakul ni.


Itulah Arif, dah mula ikut apa yang selalu aku buat. Itu pun dia nak ambil sabun dalam almari kecil yang warna coklat gelap kat sebelah tu. Aku kata "tak payahlah dik!". Pandai pulak nak tekan suis mesin basuh. Macam-macam Arif nak menolong. Bukan aku suruh pun, dia yang nak memandai-mandai menolong. Suka hatilah! He..he..!

Nanti dah penuh baru kita basuh ye!
Jangan membazir elektrik dan air kalau nak basuh sikit-sikit ni.

7 comments:

Mira R. said...

alahai, bagusnya budak ni.

eyyy :)

Zul Fattah said...

rajin nye.. anak sapa la tu.

diana said...

arif...
mai la dok umah kak maisara ni...
kak maisara malas bab2 nak tolong ibu basuh kain ni..
hahhah

pandainya dia..
geram pulak tengok tangan dia nk tutup mesin tu..
betul la kata orangkan kak..
anak lelaki ni sebahagian dari tiang pengukuh di dalam rumahtangga...
boleh diharap..kecik2 lagi dah tunjuk sikap nak bantu keluarga..

A.s.t.i.n.a said...

boleh tak pinjam si ensem ni minggu depan?

byk lg baju tak basuh.. errrr.. aduyai tak sanggup den ooo..

Rozali said...

Assalamualaikum Liza

sejuk ibu yg mengandungkannya
rajin macam maknya...

Wassalam

Kak Aya said...

rajinnya, boleh buat menantu ni hi hi.

cikpinky said...

hehe..budak2 ni dia suka tgk dan ikut pe yg org dwasa buat...:)