iklan

Followers

Pages

Thursday, 7 July 2011

Majlis perkahwinan Dr. Azman dan Dr. Zahira

Lewat benar aku published entry ini dari tarikh kahwinnya, banyak gambar.

Bagaikan pertemuan putera dan puteri, mereka diraikan dalam majlis perkahwinan yang gilang-gemilang.


Saat berdebar Dr. Azman melafazkan akad nikah.


Dr. Zahira menanti...

23 Jun 2011 yang lalu, sepupu aku Dr. Zahira Zohari telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya Dr. Azman Ali. Upacara pernikahan berlansung di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.


Tahniah Aman dan Zahira!
Bahagia setelah ikatan telah perkukuhkan sebagai suami isteri.

Kenduri kahwin di sebelah pihak perempuan diraikan pada 25 Jun 2011 di rumahnya yang terletak di AU Keramat, Kuala Lumpur.

Pintu masuk ke rumah pengantin perempuan dihiasi bunga bak taman bagai mengalu-alukan kedatangan kedua mempelai dan para tetamu. Warna merah hati menjadi pilihan untuk warna dasarnya.


Kedua pengantin diarak masuk ke rumah pengantin perempuan.


Bersanding di kediaman pihak pengantin perempuan

Aku dan Arif sempat curi bergambar dengan bapa saudara aku iaitu bapa pengantin perempuan.Ir Zohari Sulaiman yang aku panggil CuE aje.

Dia merupakan adik bongsu mak aku yang disayangi oleh semua anak-anak saudara. CuE adalah contoh terbaik dan menjadi pendorong buat semua anak-anak saudaranya untuk berjaya dalam pelajaran. Tidak lokek memberi semangat, pandangan dan nasihat pada anak-anak saudaranya termasuklah aku. Terima kasih CuE dan isterinya mak Cu yang sangat sporting.

Majlis sambutan di pihak lelaki pula diadakan pada tarikh yang sama di sebelah malam pula di hotel One World, Bandar Utama. Bersebelahan saja dengan syarikat penyiaran TV3.

Tetamu yang hadir pada malam itu sungguh mengujakan aku. Sebagai rakyat yamg membesar di Pahang, gembiranya aku bila diumumkan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Hajah Kalsom sudi mencemar duli berangkat ke majlis tersebut. Turut hadir Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Setelah semua para tetamu mengambil tempat, kedengaran lagu yang sungguh gemersik nyanyian Syed Sobrie serta isterinya Azie. Mula-mula tu betul-betul ingatkan mereka pasang CD. Mereka nyanyikan lagu 'Endless Love' :




Sambil itu kedua mempelai melangkah masuk dengan perlahan menuju ke pelamin.


Dato' Seri Dr Ali Hamsa (bapa pengantin lelaki) dan Ir Zohari Sulaiman (bapa pengantin perempuan) bersama para tetamu penting bagi meraikan pengantin.

Upacara merenjis air mawar didahului oleh Sultan dan Sultanah Pahang

Tan Sri Nor mohamed Yakcop dan isterinya.
Ibu bapa penganti lelaki dan perempuan. Ini gambar ibu bapa pengantin perempuan aje. Jurukamera aku tak sempat nak ambil banyak-banyak.

Persembahan tarian. Silat pun ada! Wajib tu.


Pengantin di meja santapan bersama para tetamu penting pada malam itu.

Kakak aku dan suami (sedondon biru) sedang berbual dengan saudara dua pupu aku yang sekarang tinggal di Bandar Baru Bangi juga. Eh! Baru tahu! Seronok bila hadir majlis perkahwinan ni, dapat kenal lebih ramai saudara mara.

Sepanjang majlis diserikan dengan lagu-lagu lama Inggeris dan Melayu oleh kedua penyanyi. Memang sedap dengar Azie menyanyikan lagu Saloma.

Antara tetamu-tetamu yang hadir. Ni waktu nak balik dah!

Lebar senyum kakak dan adik aku dapat beramah-mesra dengan Sultan dan Sultanah Pahang. Excited le tu!

Di belakang kakak aku tu, yang bermisai itu Dato' Seri Mohamad Hasan.

Datin Maria Arshad yang sentiasa cantik, bagai tak makan dek usia walau pun dah bercucu.

Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek

Aku dan adik aku dapat bergambar dengan Datuk Abdul Ghani Othman.

Inilah tetamu yang paling banyak mendapat perhatian, Datuk Khalid dan Datuk Siti Norhaliza!!

Eh! Ini gambar aku tiga beradik perempuan dengan mak tersayang

Bersama mak, mak saudara, bapa saudara dan sepupu-sepupu yang rapat sejak kecil lagi.

Selamat pengantin baru buat sepupu aku Dr. Zahira dan suaminya Dr. Azman. Cepatnya waktu berlalu, dah berkahwin pun budak perempuan kecil yang comel dan petah dulu-dulu. Love you 'kakak' (panggilan kami, sepupu-sepupu Dr. Zahira), moga bahagia hingga ke akhir hayat.

Boleh juga jenguk banyak lagi gambar di sebelah pihak lelaki di blog ini :

4 comments:

nur said...

MERIAH BETOI LA KAN.. SEMOGA PERKAHWINAN INI EVERLASTING!!!

(HUH.. DAH LAMA TAK KE KENDURI KAWIN.. TUNGGU CUTI RAYA LA PULAK..)


ALL IN ONE

JOM TENGOK GAMBAR BEST!!
JOM KE: ALL IN ONE

Puan Kutu said...

comelnya k.liza..(bkn nak puji pengntin..huhu)

ummiross said...

waa glamour dan meriah betul, tetamu kenamaan ramai tu, mesti 'somebody' ni...
Anyway,selamat pengantin baru buat pasangan pengantin...

Kak Ngah said...

Emmm sempat jugak pergi kenduri dia org nie yg dkt AU Keramat, Kuala Lumpur. Mak lg la suka sbb dpt jumpa tuan rumah(sepupunye) serta sepupu2 yg lain... kami org muda bg can kat depa sembang lama hehehe