iklan

Followers

Pages

Sunday, 10 July 2011

10 Julai sentiasa diingatanku

Hari ini 10 Julai 2011, selamat hari jadi aku ucapkan pada bonda pada kawan blogger yang tiga beradik ni ; Along, Angah @ Ujang, Yien. Merupakan bonda mertua pada blogger comel si Yana MIB. Bertuahnya bonda mereka kerana mendapat anak-anak yang sentiasa perihatin dan sayang dengannya.

Namun tarikh ini sebenarnya menggamit kisah duka buat aku bila 22 tahun yang lalu, 10 Julai 1989 aku menerima khabar sedih tentang pemergian nenek aku buat selama-lamanya. Itulah satu-satunya nenek sebelah mak aku yang aku ada waktu itu kerana nenek di sebelah ayah telah meninggal dunia dihari kelahiran aku, 20 Januari 1973. Kedua-dua datuk aku juga telah pergi sebelum mak dan ayah aku masih remaja lagi.

Mak aku mencatit tarikh 10 Julai 1989 ini di pintu almari bajunya di Jengka sebagai ingatan atas pemergian bondanya itu.

Waktu tu aku berada di Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak, Kuantan. Aku mendapat panggilan telefon yang memberitahu tentang pemergiannya. Mulanya aku tenang saja tetapi tak berkata apa-apa kerana sedih. Tapi bila kawan aku kata "kau jangan nangis ye Liza, aku tau kau kuat!", lansung mengalir air mata aku. Lain kali jangan cakap apa-apa tau!


Gambar arwah nenek aku yang kat tengah-tengah tu bersama anak menantu dan cucu-cucunya di Kampung Lasah, Sungai Siput (U), Perak. Nampak tak baby comel tu sedang didukung oleh arwah mak saudara aku. Itulah sepupu aku yang kahwin baru-baru ini, entrynya di SINI.

10 Julai juga merupakan tarikh lahir seorang insan yang aku anggap seperti abang aku juga. Tapi berita yang aku terima melalui SMS dari ex-boss aku mengatakan dia meninggal dunia pada hari ulang tahun anak aku, Azri yang ke 5 ; 30 Disember 2007.

Al-Fatihah!

3 comments:

Dinas Aldi said...

Al-Fatihah buat arwah nenek Liza..

Ujang9897 said...

hurm..takziah kak..

Anonymous said...

EE,21 januari..dkt2 besday kita.