iklan

Followers

Pages

Friday, 1 July 2011

Blackout dulu dan sekarang

Ini pulak entry gara-gara blackout semalam. Dah la pagi blackout, petangnya blogspot demampulak. Macam double geram jugalah. Laptop pulak bukan tahan lama pun baterinya. Maka aku menulis entry dalam buku nota hitam aku aje.

Terseksanya bila blackout. Banyak perkara tak boleh nak buat dan terbengkalai. Kalau di rumah aku, inilah masalah yang timbul jika blackout :

1- Kepanasan le sebab aircond dan kipas tak boleh ON.
2- Tak boleh basuh kain sebab mesinn basuh terpaksa bercuti.
3- Pencetus api dapur guna elektrik dan mancis pun mana entah! Alasan malas memasak.
4- Tak boleh masak nasi sebab tak boleh guna periuk elektrik.
5- Tak boleh tengok TV le. Aku tak heran sangat! Anak-anak le boring.
6- Paling tak tahan! Aku tak boleh up-date blog!!

Zaman aku sekolah rendah dulu tak berapa nak kisah sangat bila blackout. Habis geram pun sebab tak dapat tengok TV dan gelap bila malam. Tidur pun bukannya berkipas di rumah kampung.

Bila dah masuk asrama masa sekolah menengah dari tahun 1986 hingga 1990. Terasa kesan blackout bila panas tak berkipas. Yang bestnya belakang asrama ada sungai Kuantan, anginnya bagai berada di tepi pantai. So pakat-pakat lepak belakang asrama je.

Bila balik kampung pun tetap sama macam zaman sekolah rendah juga. Radio pun boleh dengar lagi sebab guna bateri.

Lain benar pentingnya elektrik dulu dan sekarang. Bila ada elektrik, banyak kerja-kerja rumah dapat disiapkan dengan lebih cepat. Sepatutnya begitu, tapi ramai juga yang dah tengahari pun belum lagi memasak, belum lagi membasuh kain. Akulah tu! Aku tau korang rajin selesaikan kerja cepat-cepat.

Aku sempat memasak guna dapur kayu dan dapur minyak tanah. Memanglah leceh! Hidupkan api dapur kayu guna cebisan getah sekerap. Kayu api pun selalu kutip ranting pokok getah dari ladang.

Bila maju sikit guna dapur minyak tanah. Paling leceh masa nak 'top-up' minyak tanah tu. Tangan pun selalu berbau minyak tanah, pening kepala aku. Sekarang dah pakai dapur gas kat kampung. Kat rumah aku pun dapur gas, cuma pencetus apinya pakai elektrik.

Merasa juga tolong mak basuh kain sebesen besar. Adoi! Sakit pinggang juga nak memberus kesemuanya. Mana cadar atau selimut yang besar tu aku injak-injak dengan kaki juga. Dari kerja memberus dan memerah memang le lelah juga dibuatnya.

Sekarang basuh guna tangan untuk tudung-tudung yang sensitif, baju ada labuci (ada sehelai dua je) dan baju sekolah anak yang ada kotoran degil.

Ramai juga yang hantar ke dobi untuk cuci pakaian. Tak laratlah aku nak bayar pulak. Banyak ni! Maka 'comforter' yang tebal tu pun aku rendam dalam mesin basuh je. Berat tu nak basuh!

Sebab tu orang dulu-dulu lebih sihat dan cergas agaknya. Banyak senaman!

2 comments:

diana said...

saya pun merasa guna dapur kayu,.
walaupun masa tu dah tahun 90'an..
masih guna lagi dapur kayu..
orang susah..:)

ummiross said...

bila blackout, rasa macam masa terhenti seketika, apa pun tak jadi!