iklan

Followers

Pages

Friday, 8 April 2011

Status berkahwin hanya di surat nikah

Suaminya dah kerja outstation bertahun-tahun. Sering mengekor ke mana-mana bossnya pergi jika ada kontrak baru. Tapi sering aje culas dan beralasan nak bagi duit belanja kat anak bini. Apa yang korang rasa? Majikan suaminya ni menipu? Atau si suaminya yang nak mengelat? Atau si isteri yang tak bersyukur asyik mintak duit aje?

Dah bertahun juga si isteri ni menanggung belanja sekolah anak-anak, bayar bil api, bil air, sewa rumah dan belanja makan anak-anak. Semuanya hasil dari pendapatan sebagai 'cleaner' dari rumah ke rumah. Ada kerja adalah gajinya. Kalau anak demam terpaksalah cuti tak bergaji.

Suaminya bagi empat orang anak untuk dijaga. Dia letih nak mengharapkan gaji suaminya yang tak kunjung tiba. Adakalanya outstation ke Johor, Kedah dan jauh sikit ke Sabah. Dia tak kisah kalau suami nak outstation ke mana-mana pun. Dah kerja begitu jadi minat suaminya. Dia pun bukan jenis suka nak control. Tapi kalau tak ada hasilnya buat apa terus kerja begitu?

Nak kata suaminya kena tipu dek majikan? Buat apa mengekor majikan yang sama sampai bertahun-tahun? Orang bodoh aje yang mengikat diri dengan majikan macam tu. Bertahun-tahun bukannya berbulan-bulan. Kalau berbulan-bulan tu logik jugalah terasa diri di tipu. Bertahun-tahun tanpa gaji, takkan tak sedar lagi? Tak makan ke? Betul ke tak bergaji atau nak berdolak-dalik dengan isteri? Korang rasa macam mana?

Si isteri dah mual nak kaji puncanya. 12 tahun dia mengenal rentak suaminya. Dia tak bimbang jika dia terpaksa berlapar dengan hanya minum air setiap hari tetapi air matanya tidak tertahan bila melihat anak-anak merengek kelaparan. Hatinya sakit bila suami pulang ke rumah untuk 2-3 hari sahaja, kemudian menghilang 2-3 bulan. Singgah mencari 'sesuatu', tidur dan makan tanpa rasa bersalah walau pun tidak menghulur belanja yang sepatutnya.

Namun pedihnya bila ada wanita sendiri menyalahkan wanita ini tidak bersyukur. Wanita ini rasa ringan bila kepedihan hatinya diluahkan. Hatinya sudah tidak punya rasa dengan suaminya. Suaminya pulang dan dia hanya 'menadah' entah rela entahkan tidak atau mungkin ketika itu air mata sedang bergenang di kelopak mata.

Dia tidak mengharap banyak dari suaminya. Cukuplah suaminya menyedari bahawa dia punya anak-anak yang sedang membesar. Perlu perhatian dan perlukan ilmu untuk masa depan. Jangan memberi pelbagai alasan yang sukar diterima akal.

Aku sendiri lelah melihatnya apatah lagi jika aku yang merasainya. Apakah aku kuat dan tabah sepertinya? Segalanya diurus sendiri, umpama janda beranak empat lagaknya tetapi masih punya suami. Suami sekadar nama di surat nikah.

Kalau korang seorang wanita, sanggupkah bersabar jika berada di tempat dia? Entry aku bukan ingin menyalahkan lelaki atau wanita. Tetapi sedihnya aku dengan sikap individu tidak kira dia lelaki atau wanita yang lupa dirinya sudah berkahwin dan punya anak-anak. Masih berlagak seperti orang bujang, hanya kisahkan baju sendiri dan tekak sendiri. Terlupa dengan anak-anak yang menjadi amanah buat mereka.

Entry aku lebih kepada wanita yang teraniaya walaupun ramai juga lelaki yang menjadi mangsa. Wajarkah aku sebagai seorang wanita mendengar keluhan seorang lelaki tentang isterinya yang tidak bertanggungjawab. Tak pasal-pasal jadi skandal pulak. Sekarang ni macam-macam! Janganlah terlebih simpati dengan teman berlainan jantina, takut ia menjerat diri sama ada sengaja atau tak sengaja.

6 comments:

Unknown said...

Erm...sian lah pompuan yang diabaikan camtu jek..memang suami die tak bertanggungjawab. Mane pegi nye janji semasa akad nikah di terima sang suami?
takut pulak nak komen lebih-lebih sebab saya pon lum kawen lagik...hhuhu

kyo_9 said...

subhanallah..
banyak juga kes rumah tangga macam nih ek.. semoga ak x jadi seperti nih~

Anati Soki said...

subhanallah.. ada jugak yg mcm tuh... haaaish

sitiezahim said...

saya paham maksud akak..sbb kisah akak ni sangat dekat dengan saya..pengalaman emak saya sendiri..

manueng said...

si suami tu hati batu arang ke ape...x kesian ke kat anak...kalo istri tu boleh tahan lagi...ni anak2 sendiri kelaparan pun still buat bodo lg...tau nak buat anak je...sara anak tu xreti pulak...haih~


p/s: harap2 la sy x jd suami dan ayah yg mcm tu...amin~

Liza @ Adzriel AB said...

kisah yang kak liza paparkan ni memang kisah benar. berlaku dekat aje dgn kak liza.