Apasal yang nak sebak sangat kat entry sebelum ni? Baca entry adik sebab dengar cakap mak pun boleh buat aku mengalir air mata. Apa pun aku bangga dengan pencapaiannya sekarang. Membaca komen-komen teman-teman blogger aku juga di entry adik tu buat mata aku rasa nak bergenang lagi. Apatah lagi bila adik komen begini kat aku :
Ayat yang bawah sekali tu "Aku terbayang-bayang form university kat Canada, UK, US tu... Kalau la kak ija pegi... kalau la kan... huhuhu...". Ha..ahh.. kalaulahkan. Semuanya kalaulah!
Mungkin aku pun dapat pergi tempat yang adik blogger ni pergi yakni Mohd Faiz @ manuengpergi kan! Tempat di mana idola keluarga sebelah mak aku yakni Pak Cu aku pergi. Itu Insyaallah terjadi dengan kalaulah aku dapat sambung belajar ke sana.
Segalanya angan yang tak sampai kerana aku anak seorang penoreh getah.
Aku masih lagi menyimpan borang permohonan tu yang telah lengkap aku isikan dalam 'clear holder' segala sijil-sijil sekolah. Borang berwarna kuning. Aku hanya dapat memandang kerana aku lebih dulu kena reject dengan mak berbanding adik aku. Masa tu adik aku tu baru je darjah 6, tahun 1993. Maknanya selepas 10 tahun permohonan adik pulak kena reject.
Sebab tu aku sempat cuti dua minggu je selepas habis belajar di POLISAS. Aku lansung bawa diri ke Bandar Baru Bangi dan mula bekerja di Hitachi Elektronik. Eh! Sama pulak dengan kawan aku ni, Hanis Azla. Dulu-dulu laa.
Kalau adik kena reject permohonan dengan mak melalui telefon, tapi aku pula secara berdepan. Seingat aku tidak pula aku membantah bila mak reject permohonan aku nak sambung belajar jauh-jauh tu. Sekurang-kurangnya nak juga sambung Diploma di politeknik yang sama. Mak kata "Mak dah tak ada duit!". Tidak pulak aku merayu dengan mak. Aku hanya diam aje masa tu sebab aku sedar dengan keadaan kewangan mak. Kalau aku merayu pun nanti buat mak aku menangis je! Bukan duit tu boleh datang melayang. Cita-cita aku nak jadi engineer macam Pak Cu tu aku simpan aje dulu.
Konon-konon nak kerja cari duit dulu kemudian nak sambung. Samalah kita ni Ainul! Start kerja tahun 1993, hujung 1995 dah kahwin pulak. Habih camno. Kisah tempat-tempat aku bekerja boleh baca kat SINI. Merata-rata tempat aku kerja. Di Sony Bangilah yang paling lama, 12 tahun iaitu dari 11 September 1995 hingga 31 Ogos 2007.
Adik pun tak pernah ceritakan hasrat dia pada aku masa tu. Dia pun tak sampai hati agaknya nak minta sponsor dari aku. Samalahkan, apasallah aku tak minta kakak aku sponsor dulu ye.
Tahun 2004 aku dah pun ada anak empat orang yang masih kecil-kecil belaka. Masa tu aku dah naik pangkat dari Technician ke Assistant Engineer. Jadi le, ada juga 'Engineer' tu. Ha..ha.. Gaji tak banyak mana untuk aku bayar kereta Kelisa (Nursyafikah) dan membantu hubby aku dengan perbelanjaan anak-anak. Tapi sekurang-kurangnya kau (Ainul) tanyalah akukan! Manalah tahu kot bulan-bulan boleh juga aku usahakan bagi sikit duit belanja.
Benda dah lepas... seronok juga di kenang sebagai pemangkin agar anak-anak tidak menerima nasib yang sama. Siapa kata barang lepas jangan dikenang? Kenang sebagai pengajaran aje.
Sebenarnya sebelum aku dan adik aku tak ada rezeki nak sambung lebih lagi, ada orang lain pun kena reject juga. Abang atas aku le, anak ketiga mak kena reject bila dia nak sambung belajar ke US selepas habis Matriks rasanya pada tahun 1987. Alasan mak lain sikit. Mak tak percaya dengan abang aku. Masa tu mak punya pemikiran tentang US yang buruk-buruk aje. Mak takut kehidupan sosial abang jadi buruk kat sana. Tak pe lah, sekurang-kurangnya abang aku dapat juga sambung belajar di UTM. Aku??
Rupanya hubby aku sendiri pun terpaksa melupakan impiannya menyambung belajar ke Jepun kerana maknya tak izinkan. Mak hubby aku ni risau bila anaknya pergi jauh-jauh. Anaknya cuma dua orang saja. Hubbyku yang bongsu.
Pernah hubby aku berkursus di Jepun selama tiga bulan semasa bekerja di zaman bujangnya, mak dan ayahnya susah nak tidur malam. Betapa mereka sungguh risaukan anaknya. Padahal anaknya itu dah besar panjang. Mak mertua aku pernah bercerita pada aku, setiap tengah malam arwah ayah mertua aku akan bangun solat dan sering menyebut-nyebut nama hubby aku dengan mak mertua aku. Kerana itu jugalah aku tidak akan khabarkan pada mak mertua aku jika sekali-sekala hubby aku terpaksa outstation ke luar negeri. Bila dah balik semula ke Malaysia, barulah kami akan beritahu. Takut dia risau dan susah nak tidur malam.
Alhamdulillah, walaupun cita-cita aku tidak kesampaian tapi hidup aku tidaklah susah pun. Mungkin bukan rezeki aku di situ. Tak semua yang kita rancangkan itu akan terlaksana. Sebab itulah kita ada plan A, plan B dan entah berapa banyak plan lagi. Pandai-pandailahkan.
Kakak aku sekarang sedang sambung belajar MBA sambil bekerja di usia 45 tahun. Dah nak bersaing dengan anak sulungnya pulak. Baru tadi aku dapat tahu dia dapat tawaran ke Universiti Tenaga Nasional bagi kemasukan May ini. Tahniah buat anak saudara aku, Hafeez. Cucu sulung mak berjaya masuk U untuk langkah pertamanya selepas alam persekolahan.
Aku pun tak ada hati nak salahkan mak dalam hal ini. Mak pun bukan saja-saja tak nak bagi anak-anaknya belajar tinggi-tinggi. Paling 'koman (teruk)' pun aku ada Sijil Elektronik.. bidang pengkhususan yang melayakkan aku dapat jawatan Technician. Oklah tu!
Alhamdulillah, anak-anak mak semuanya hidup tak susah. Bukanlah kaya sangat tapi mampu beli rumah dan kenderaan sendiri. Setiap kali balik kampung tu beratur jugalah lima biji kereta anak-anak mak parking depan rumah. Ewah... riaklah pulak. Sabtu ni (16Mac2011) nak berkumpul ramai-ramai kat Jengka. Anak-anak mak semuanya jadi orang, bukannya hantu.
8 comments:
huhu... sedihnya baca kak :(
takpe..kita yakin dengan allah...
Allah redha apa yang ma redha, maka perjalanan hidup kita akan menjadi baik...
jika kak tak dengar cakap mak time tuh, Allah pun tak redha..
jadi... halus sungguh percaturan Allah.. janji kita bahagia kan kak ^___^
i will support you always...
sayang kamu :)
kisah kite hampir same kak..cuma bezanye, sy t'pkse keje setahun dulu utk kumpul duit..n alhamdulillah, hasil duit gji tu, sy dpt gunakan utk smbung diploma skrg ni..sy bngge sbb duit pengajian sy guna duit sy..kdg2 je mak ayh bg duit, utk tmbah duit poket....rezeki tu ade d mne2.. :))
Memang betul kata Liza tu, ibu mana la yg tak mau anaknya belajar ke peringkat lebih tinggi tapi apakan daya dia tak mampu..sedih jugak akak baca entri ni tapi akak percaya memang ada hikmah di sebalik semua yg dah berlaku tu.
takpe la kak...mesti ade hikmahnye tu...tp bila bace entri kak liza n kak ainul, ade rase insaf sket kat hati ni...ye la, akak berdua semua bersemangat nak sambung belajar tp terpaksa batalkan niat sbb tak mampu...yg sy ni pulak, belum pun habis belajar kat uia dulu, awal2 dah setkan kat hati ni taknak sambung belajar...hadui~
adik sy pun macam akak berdua jugak dulu...dia mmg minat betul bahasa jepun...so dia mintak kat mak ayah nak masuk IPBA...mak ayah berat hati nak bagi masuk sbb tahun ke-3 ngan ke-4 kena sambung kat jepun...tp sebab nak puaskan hati dia, mak ayah bawak la jugak dia pergi IPBA untuk tanya lebih lanjut pasal kursus tu...tp bila adik sy tengok yuran kursus tu mahal gile, terus dia diam je... hati mmg nak, tapi sedar family tak mampu tanggung...
mmg sy kesiankan adik sbb tak dpt capai cita2...tp yg lebih sy kesiankat mak ayah sy...mesti diorang rasa lagi sedih sbb tak mampu nak tlg anak diorg capai cita2...ye la kan...kalau boleh semua mak ayah nak tgk anak diorang gembira dpt capai cita2...tp sbb tak mampu, redha aje la...
sekarang adik sy ambik bidang bahasa inggeris kat uia...hehe
Oh, nasib kita ni sama tapi alasannya tak serupa. Semua kawan kita yang dapat result teruk pergi sambung belajar luar negara tapi kita terpaksa aje dok kat uni tempatan. Sebabnya - kita anak manja tak bertempat dan makayah tak boleh kalau tak dapat tengok kita tiap-tiap hari sebab sayang benar anak perempuan bongsu. Lagipun mereka takut bila kita pergi luar negara, jumpa omputih, kawin dan tak nak balik dok Malaysia. Masa tu kita nak marah juga tapi sekarang ni kita rasa gelaklah. Kita nak amik akauntan, makayah suruh amik jadi doktor dan akhirnya dua2 pun kita tak jadi. Tapi alhamdulillah, berjayalah juga dalam hidup. Cuma yang kita tak tahan gelak sekarang, sbb dia takut kita kawin omputih tu....
Kita tak pergi belajar kat negara omputih pun kita kawin ngan omputih gak...Tak pulak kita lari keluar Malaysia. Keh3x...
Masa Ngah nak ambik MBA tu, BERIA-RIA dia pujuk aku suruh sambung jugak. Dia cakap muda2 la elok sambung.. hehe... Berkobar2 sungguh kakak kite tu. Ok la tu, Ngah dulu lagi kesian... kita jauh lebih bernasib baik dari dia.. tapi end up rezeki dia jauh lebih baik dari kita kan.. pengalaman dia melayakkan dia ambik Masters wpun dia takde degree... dapat Dean List pulak tu last sem. Baru2 ni dapat highest mark in class. Dia ckp dia pun tak sangka sbb dia rasa dia paling tak terror dalam kelas. Yg lain2 tu semuanya scorer masa degree... padahal dia degree pun takde... tapi pengalaman kerja dia tu mengatasi degree. Tabik spring la kat Ngah... hihihi...
salam kak. lama tak dapat terjah entry2 kat sini. first skali sy trut bersimpati. sy faham bila cita2 tak ksmpaian. sedihnya memang takkan dapat dilupa seumur hidup.
Tapi kalau kita kenang balik, takda satu bnda pn yg tjadi pd kita, yg sia2. Tuhan dah aturkan hidup kita, yg terbaik buat kita.sbg cth, mcm adik akak tak dapat smbg blaja, dan lpas tu berkahwin. takkan takda perkara baik yg berlaku slps tu???
sbg cth blaku pd dri sy sndri. dlu blaja kat mrsm. cita2 arkitek. sy buat hal... sy sia2kn pluang blaja. skrg sy guru. sy x pnh terbayang sy akan jd gru. sedih ke sy??? hancur luluh hati sy ni...
sy dlu x minat dgn budak2. sy x suka tgk budak nakal. tp sy dah mula boleh trima. dan sy bersyukur dgn rezeki yg Tuhan beri pd sy.
jd perlu ke kata simpati pd adik akak, akak dan sy sendiri??? mungkin kita perlu lempar jauh2 perkataan tu dan gantikannya dgn perkataan syukur.
dpt twrn blaja kat luar ng ker?kita sama tapi x serupa,mcm EE ade peluang ker Japan tp EE lepaskan...dah isi semua borang2 tp susah nak ckp,masih simpan lagi kenangan tu...
Post a Comment