iklan

Followers

Pages

Monday, 25 April 2011

Kau tegur aku, aku tegur kau!


Mana tudungnya nak oii? Mengaji pun terbalik tu! Aishah semasa 3 tahun, 1999

Entry aku sebelum ini mengenai kategori solat bukanlah hendak mengata siapa-siapa. Ia lebih kepada mengingatkan diri aku sendiri. Bila aku keluarkan entry itu bermakna aku juga harus berusaha untuk melakukan yang terbaik menurut entry itu juga. Dan perasaan itu ingin aku kongsikan dengan semua kerana aku yakin kerisauan itu mungkin ada juga terdetik di fikiran sebahagian daripada kalian.

Aku bukanlah manusia sempurna yang begitu sesuai menasihati orang lain. Tetapi jika masing-masing berdiam untuk tidak menegur orang lain kerana menyedari kekurangan diri, sampai bilakah teman kita akan sedar. Sampai bila jugakah aku sendiri akan sedar dari kesilapan? "Kau tegur kekurangan aku dan aku tegur kekurangan kau" agar ia dapat di perbetulkan. Tetapi teguran biarlah dengan cara yang baik. Bukan dengan cara yang menyakitkan hati. Apatah lagi bila ia melibatkan insan-insan yang kita sayang dan hormati.

Ini hadis yang aku petik dari SINI :

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;

“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Moga setiap hari yang kita lalui adalah hari yang semakin baik.

14 comments:

CHE ROSSLI said...

Betul2. Tegur menegur urusan semua. Bencilah kita kepada perbuatannya jangan kita benci dengan dirinya..(^-^)

ummiross said...

Betul tu Liza, tegur menegur tu saling melengkapi, baik dimata kita mungkin tak baik di mata orang lain

Nur Ardilla Najwa said...

comelnye dia...=)

Liza @ Adzriel AB said...

AL-QASSAM : setujulah sangat.

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : betul tu ummiross, adakalanya kita tak perasan tentang kekurangan tu.

Liza @ Adzriel AB said...

Nur Ardilla Najwa : dah 15 tahun dah tu.

Liza @ Adzriel AB said...

diana : betul tu diana.. so takat yg kita mampu je la. takut terlebih nanti jadi lebih rumit pula.

Dr K said...

mencegah/menegur kemungkaran pun ialah satu jihad..dan macam biasa, dalam jihad, pasti ada tentangan...

yg penting kita sabar..

sebab tentangan yg Rasul SAW hadapi dulu jauh berkali ganda lebih besar dari yg picisan macam kita terima.

Sofya said...

tak salah tegur menegur.. kita dah bgtau yg tak kena tapi kalau dia masih nak pilih jalan yg sama... terserahlah.. doakan ja lah semoga dibukakan pintu hati..

Liza @ Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : setuju

Liza @ Adzriel AB said...

Sofya : moga Allah makbulkan doa kita

nabila saat said...

jom undi sapa yg lg terror dan poyo

http://nabilasaat.blogspot.com/2011/04/kontest-sapa-lagi-terror-dan-poyo.html

Puan Kutu said...

tegur dengan cara baik insyaallah boleh terima.klu jenis yg tak boleh terima teguran tu tak tau la..

Emilia Emira said...

kalau menegur untuk kebaikan takde salah nya pun kan...untuk kebaikan bersama juga..;)