iklan

Followers

Pages

Wednesday, 6 April 2011

Enjoy betul aktiviti fizikal dan minda!

Baru buat dua aktiviti dah penat giler. Nampak sangat jarang beriadah. He..he.. Aku agak lewat pegi main volleyball pagi tadi. Janji pukul 8.30 pagi, pukul 8.45 pagi baru aku sampai ke gelanggang. Rupanya depa pun baru nak pasang jaring.

Warm-up dulu. Lepas tu main bolatampar dalam bulatan je! Eleh! Baru sikit dah letih! Tak pe, control ayu, aku pun main terus. Dah puas dalam bulatan, barulah masuk court. Ish! Apa hal penat sangat ye?? Baru hari kedua. Korang tahu sebab apa? Aku rasa sebab aku jarang bersenam, apatah lagi usia yang kian tua. Macam lagu Fauziah Latiff tu 'Tua mengejar kita'. Tak sedar-sedar usia makin meningkat, main mengalahkan orang muda.

Pukul 9.30 pagi aku berhenti main untuk aktiviti kedua aku seperti yang aku cerita dalam entry sebelum ni. Aku kena pergi join majlis bacaan Yassin pulak. Sibuk ye!

Balik rumah aku mandi dan bersiap-siap ala kadar aje. Pakai jubah aje kan senang! Tepek bedak sikit dengan lipstick nipis udah ler. Jangan nampak selekeh aje. Aku terus capai surah Yassin dan bergegas ke kedai kawan aku. Rupanya dia buat kat tingkat atas kedai.

Agak lewat 15 minit aku sampai, dalam pukul 10.15 pagi. Ingatkan dah tertinggal, elok aje baca 'Bismillah...'. Elok sangat le! Jemaah semua kaum ibu ada lebih kurang 20 orang juga. Aku ambil tempat bersimpuh dan join bacaan Yassin diaorang.

Rezeki rupanya pagi ni. Ada makan-makan pulak selepas bacaan Yassin. Dapat juga aku tambah-tambah kenalan sekitar situ. Yang bestnya boleh pulak aku melayan dua orang makcik ni yang dah berusia 62 tahun dan 72 tahun. Teringat mak aku. Kelihatan cergas lagi makcik-makcik ni. Kelihatan daya ingatan pun kuat lagi. Agaknya orang yang rajin ngaji ni memang kuat daya ingatannya.

Ada juga yang mintak nombor handphone. Nak SMS aku kalau-kalau depa ada nak buat majlis serupa. Insyaallah kak! SMS lah! Kalau berkesempatan, saya suka nak join majlis-majlis begini. Banyak manafaatnya.

Rezeki bawa sampai ke rumah. Diberinya aku kuih, mee hoon goreng, cup cake. Lagi best! "Liza! Kau bawak balik air kopi ni. Kau kan suka kopi 'o'!". Disuruhnya aku bawa balik satu jag air kopi 'o' panas. Jag pulang balik ye! Terima kasih kak! Banyak rezeki saya hari ni. Moga semakin maju perniagaan akak nanti. Aminnn...

4 comments:

Dr K said...

kena cari stamina lagi tu..baru boleh main bolatampar 2 jam! :P

Adlan said...

wah! bagosnyer bersenam2 bagai..at least dpt kuarkan peloh yer dak..
pastu join baca yassin..mesti seronok..dapat cup cake plak lagi tuh(pikir makan jer)..hehe

rasanyer orang yang rajin mengaji nih memang kuat ingatan nyer..kan kan.

Hanis Azla said...

hari yg padat utk akak yer.. murah rezeki akak hari ni.. seteko kopi lagi.. he..he.. saya klu minum kopi ada fenin kepala lah kak..

manueng said...

sy pun dah lama beno tak bersenam...tak fit langsung...xsampai 25tahun pun lg umur ni...baru lari2 sikit dah mengah macam org tua...hadui la~