iklan

Followers

Pages

Wednesday, 13 April 2011

Balada seorang minta-minta



Kita mungkin bukanlah hidup susah sangat bila masih mampu membaca entry aku ini. Harta yang ada walau sedikit jangan bakhil di kongsikan sedikit kepada yang daif apatah lagi jika yang daif itu punya pertalian keluarga dengan kita.

Aku kongsikan entry-entry yang berkaitan untuk kita renungi :

Orang memberi kita merasa 2
Dasyat taktik pakcik ni minta sedekah
Peminta sedekah
Orang yang bersedekah mempunyai kekuatan yang dasyat

dan bila aku membaca entry ini, teringat kisah arwah atuk aku yang selalu mak aku ceritakan. Terasa rindu walau aku tak pernah melihat wajahnya kerana arwah meninggal dunia pada awal tahun 1959 rasanya sedangkan aku lahir pada 1973. Arwah sering melarang anak-anaknya menghalau burung-burung yang memakan padi di sawah bendangnya. Itulah sedekahnya pada burung-burung. Takkan habis padi di makan, malah rezeki arwah atuk juga semakin bertambah. Begitulah juga sifat yang ada pada arwah bapa mertua aku, memang saling tak tumpah pemurahnya. Alfatihah buat keduanya. Inilah entry yang ringkas tetapi harus difahami isi yang tersirat.

Kalaulah durian yang berbunga

3 comments:

faisal said...

ada jugak kebenarannya...kita tak perlu kedekut tmbh2 lak adik beradik..

faisalapardi.com

ummiross said...

banyak cara untuk bersedekahkan, moga roh kedua2nya dicucuri rahmat,ummi sedekahkan Al Fatihah untuk arwah, Ya Allah kau balaslah kebaikan mereka dengan kebaikan yang berganda..Amin.

Sofya said...

Memberi pada yang berhak.. :)