iklan

Followers

Pages

Thursday, 7 April 2011

Gara-gara segmen Ben Ashaari

Hebat tak hebatnya sapa-sapa yang join mana-mana segmen Ben Ashaari. Terutamanya segmen yang terpilih seperti Segmen segera : KALAU AKU INI DIA. Dah tutup pun segmen tu. Segmen tu start pukul 2.00 petang dan habis pukul 4.00 petang tadi. Dapatlah aku jenguk blog-blog yang turut serta kat SINI dan SINI.

Aku tak dapat join sebab selepas pukul 1 tengahari aku memang tak free sangat. Mesti nak kena ke Bandar Baru Bangi ambil anak dara aku balik sekolah dan hal-hal lain.

Kalau ada para bloggers yang berhajat nak tambah trafik blog tu bolehlah cuba-cuba join segmen-segmen yang Ben Ashaari buat. Aku join sekali-sekala aje...menyeronokkan diri.

Memang berkesan segmennya sebab semalam aku ada masuk satu blog ni agak awal pagi juga. Belum pukul 8.00 pagi pun masa tu. Aku tengok counter visitornya cuma 2 orang termasuk aku. Tadi aku jenguk lagi. Memang agak hebat! Follower bertambah hampir 15 orang selepas aku follow semalam dan counter menunjukkan dah 82 orang jenguk blognya hingga pukul 4.30 petang tadi. Ada 4 orang sedang Online. Ini semua gara-gara dia menang salah satu segmen Ben di SINI.

Tapi kalau rasa nak join segmen kerana hadiah berupa duit memang tak akan dapat dari blog Ben ini. Belajarlah perkara yang baik dari orang yang berjaya. Tak baik cemburu tak tentu hala dengan kejayaan orang lain. Insyaallah! Moga Allah permudahkan urusan kita.

6 comments:

azwa amani said...

amani tak pndai sangat nak join segmen ni...huhuhu..tak pernah try pun

diana said...

saya selalu terlepas segmen2 dia ni sebab biasanye segmen dia jalan pagi2..
saya pulak online lepas makan tengah hari..
heheheh

Liza @ Adzriel AB said...

azwa amani : next time kalau ada yg mudah tu bolehlah join.

Liza @ Adzriel AB said...

diana : apa nak buat diana, kita ni keje, anak2... yg mana sempat aje le. ada juga segmen mudah sampai malam.

nananaDya said...

waaa....akak,nana mcm tau je blog spe yg akak mention tu...huhuhu
malu cek..(^_^)

Sofya said...

nt lapar nak jelajah gak blog2 tu