iklan

Followers

Pages

Saturday, 9 April 2011

Bijak akal cantik budi bahasa

Pukul 8.00 pagi tadi pergi ambil keputusan exam pertama untuk tahun ni bagi Aishah. Alhamdulillah, peningkatan yang ketara berbanding tahun lepas. Subjek yang dapat A lebih banyak berbanding tahun lepas yang tiada A lansung. Moga yang belum A tu dapat di perbaiki lagi. Pesanan aku pada Aishah senang saja "Kalau kakak rasa nak stay lagi tahun depan di sekolah tu, kenalah pastikan PMR tak kurang dari 6A dan tiada yang lebih dari B".

Nak desak sangat pun takut stress. Lagi pun Aishah ni agak berdikari cara belajarnya. Cuma sekali-sekala aku tetap pantau juga. Adik-adiknya lain sikit, memanjang nak kena pantau...aduhaiii!!

Alhamdulillah, sejuk hati dengar bila Ustazah dan cikgu kelasnya komen Aishah tak ada masalah dari segi sikap dan disiplin. Calon 8A katanya.. Amin! Moga Allah makbulkan doa cikgu dan ustazah. Tapi cikgu Sainsnya dulu ada pesan mohon Aishah study lebih untuk Sains kerana dia dapat C untuk exam yang baru ni.

Cikgunya kata markah Aishah antara yang tertinggi untuk subjek Matematik. 68% tu tinggi? Aku senyum je lah. Aku katakan pada Aishah "tertinggi pun belum A". Aishah sengih je! Susah sangatkah soalan examnya kali ini untuk subjek Matematik ni? Aku belum luangkan masa lagi untuk melihat kertas soalannya. Matematik memang subjek kegemaran aku. Nampaknya aku kena tengok bab mana yang jadi kelemahannya. Ilmu Matematik banyak kat SINI.

Aku katakan pada Aishah, kalau keputusan PMRnya cemerlang bukannya untuk orang lain tapi untuk dirinya juga. Bukan untuk aku canangkan seluruh kampung kerana bangga dan riak dengan anak aku tetapi untuk dia membina keyakinan dalam dirinya sendiri bahawa dia sebenarnya bijak jika dia berusaha. Dia yang perlu berusaha, aku hanya menyokong mana yang sewajarnya.

Tidak semestinya jika ibu bapanya orang terpelajar, maka anaknya juga akan bijak. Tidak juga anaknya bodoh jika kedua ibu bapanya belajar setakat SPM saja. Jika malas belajar, ilmu tak melekat. Jika rajin berusaha, Insyaallah akan banyaklah ilmu yang kita dapat.

Lebih cantik jika bijak belajar dan bijak juga mengharungi kehidupan yang positif. Bukan belajar hingga ke menara gading tetapi akal tetap di tahap yang rendah dalam menilai perkara yang baik dan buruk.

Peranan ibu bapa sangatlah penting dalam membantu anak-anak melakukan perkara yang betul. Walaupun mereka pandai berdikari, jangan di lepas begitu saja. Harus juga spot check sekali-sekala.

8 comments:

Ayuni said...

hm, nk ke menara gading bukan senang tp bila dpt segulung ijazah sunnguh puas hati dan dapat kerja yg bagus......budi bahasa juga penting....

atuk said...

Assalamualaikum Liza

mohon ibubapa kita doakan untuk cucu2 mereka

Wassalam

sitiezahim said...

betul kak..kengkadang belajar tinggi bkn hanya untuk ijazah tp lebih pada cara pemikiran dan pergaulan..

Melur Jelita said...

Setuju Adzreil Jelita..semoga anakandanya beroleh kejayaan cemerlang duni akhirat.

sekamar rindu said...

salam....kak,

saya bercakap sebagai seorang guru..setiap guru akan sedaya upaya memastikan anak didiknya berjaya..

sama-samalah mendoakan untuk kejayaan Aishah..amin.

ummiross said...

Tahniah Aishah,permulaan yang bagus,teruskan usaha,ummi doakan Aishah berjaya dgn cemerlang dalam PMR nanti...

zati embong said...

hihi,bagusnya kak bagi nasihat cmtu kat anak kak.kalau jat,mesti rasa semangat.sebab bg smngt yg membina,bukannya nk downkan ape yg kita rasa.hihi

Puan Kutu said...

setuju dengan akk,ank2 mmg kena pantau..tp Aishah boleh punya..Moga sukses dlm PMR..Amin..:)