1. Tolong kawan aku berlatih bola tampar dengan team dia kat KUIS pukul 8.30 pagi ni. Semalam dah main kejap, ha..ha.. sakit juga kaki aku pagi ni tapi sikit je. Ada yang memang pandai main, ada yang nak kena guide cara nak serve bola. Eceehhh.. teringat lak zaman sekolah. Sorang adik tu kata kat aku "Kak! Saya dah 8 tahun tak main!". Aku pun jawap le, "Ha..ha.. akak dah 20 tahun tak main volleyball!". Enjoy sangat semalam.
2. Semalam dapat SMS dari sorang kawan minta aku join baca Yassin di kedai tempat dia bekerja. Kedai tu selalu juga buat jualan amal seperti buku-buku terpakai dan baju-baju terpakai yang masih cantik dan comel aje. Seronok dapat jumpa kaum ibu yang mungkin ada aku tak kenal lagi. Dekat aje kedainya dari rumah aku. 3 minit dah sampai. Selalunya kalau aktiviti hari Sabtu dan Ahad aku tak dapat nak join. Aktiviti dengan keluarga lebih aku utamakan. Masa ni lah peluang nak basahkan lidah tu dengan bacaan Yassin. Teringat ayah! Alfatihah!
Seronok aku join aktiviti-aktiviti begini. Sihat untuk fizikal, elok juga untuk minda. Otak tengah serabut ni dah memang cantik sangat aku dapat dua jemputan ni untuk releasekan tension aku.
Explorelah blog aku ni. Pesanan bukan untuk semua saja, untuk diri aku sendiri yang sering melakukan kesilapan. Pengalaman dikongsi untuk pengajaran dan panduan.
6 comments:
wahh akak..pandai main bola tampar ea..hehe :D
Salam ceria
Memang seronok dpt join aktiviti kan,cergas minda dan badan,ummi pun klu hari minggu suka habiskan masa dengan family
Hafzan Sarah : antara favorite tu
ummiross : berpeluh sakan
kak liza..activiti penoh kat bsp ke..
bestkan bila dpt join aktiviti2 sebegitu.. semoga akak terus sihat fizikal dan minda hendaknya..
Post a Comment