iklan

Followers

Pages

Tuesday, 19 April 2011

Komen dan follow


Pandangan menembus jiwa raga... jangan main-main

Betullah kata Diana dulu dalam entrynya "Blogger gelojoh jangan sampai nampak bodoh". Aku pun mengalami perkara hampir serupa. Mungkin ramai juga yang mengalaminya.

Lebih kurang macam kita dok sibuk-sibuk bercerita tiba-tiba dia mencelah dengan komen yang tak sepadan dengan isi yang kita bualkan. Tak ke pelik bunyinya. Rasa macam nak kerut muka dan angkat kening pun ada.

Bagi aku lebih baik kalau komennya "Salam kenal", "Saya dari blog ...", "Info menarik" daripada kita cerita lain, tapi beri komen lain. Itu lebih selamat dan jelas bagi aku yang dia tak baca pun entry aku dan aku tak ambil hati pun.

Isu follow pun satu hal juga. Kita follow blog orang lain mungkin sebab :
1. Kita suka entry-entrynya
2. Saja nak berkawan walau pun tak berapa minat entrynya
3. Nak dia follow kita semula.

Sebab 1 dan 2 tu OK bagi aku tapi sebab yang ke-3 pun terbahagi dua juga iaitu sama ada secara halus dengan mengharapkan dia perasan kita follow dia atau secara terang-terang menyuruh "follow me back". Alamak! Elok-elok memang nak follow jadi hilang mood nak follow tapi biasanya aku follow je la. Cuba fikir yang baik-baik je. Mana tau lepas ni entrynya bertambah baik dan menarik.

Bawah iklan nuffnang di sidebar ada ruang untuk 'search'. Taip je perkataan 'follow' dan klik search, Insyaallah boleh nampak beberapa entry aku yang lain berkaitan follower.

Bagi ruang komen pula aku rasa inilah cara paling memudahkan pelawat kita untuk memberi komen. Terpulang pada masing-masing. Kalau kita nakkan orang rajin komen dalam entry-entry kita maka permudahkanlah tapi masih menjaga ciri-ciri keselamatannya. Komen-komen tetap juga kita tapis. Jika tidak boleh saja teruskan dengan cara kita.

Sekadar berkongsi ilmu dari teman. Bacalah entry ini "Senangkan tetamu nak komen entry"

11 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

Eyrique Ettiqazz. said...

kdg2 jgn kedekut sgt utk follow sbb mgkn blog dia ada ape yg kita x de..lagi byk kita follow lagi byk kisah dan cerita khdpn di luar sana yg kita dpt..dR SITU JADINYA PENGALAMAN YG MEMATANGKAN KITA.

Sofya said...

rajin akak menulis sbb tu sy follow

Sofya said...

rajin akak menulis sbb tu sy follow

Daddy Ziyyad said...

entah la ya...bagi saya sebenarnya ia bergantung kpd tujuan sebenar kita ber blog.

Saya ber blog untuk rekodkan perjalanan diri sendiri...jujurnya, ada orang baca atau tidak, saya tidak kisah...dan ada or follow atau tidak pun, saya tidak kisah..saya bukan ahli politik yang nak kumpul pengikut..

Cuma, saya amat amat menghargai rakan rakan bloggers yang setiap hari rajin berkunjung, dan mengikuti perkembangan semasa isu2 yg diutarakan..mereka ini perlu dihargai..

Tentang Nuffnang/iklan tu semua..saya belum terfikir lagi..tu sebab blog saya tanpa iklan.

mama tims said...

kak liza...saya mmg iklas nak komen entry akak tau...tak nak berfikiran negative,suka yg positive je..

Liza @ Adzriel AB said...

Zuwairi Aiman : singgah dah.. tima kasih krn menjenguk ke sini

Liza @ Adzriel AB said...

Eyrique Ettiqazz. : betul.. tak luak pun kita follow. Insyaallah tentu ada yg menarik juga dari blognya.

Liza @ Adzriel AB said...

Sofya : tima kasih sofya... tapi isi kena ada juga kan.

Liza @ Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : betull... itu buat diri kita lebih tenang dan enjoy menulis.

Liza @ Adzriel AB said...

mama tims : jgn risau, kalau tims lama dah akak tau.