Duit zaman bila ni ye? Kalau aku ni memanglah tak pernah tengok sebab nilai RM50 ni sangat besar bagi aku ketika aku kecil-kecil dulu. Usahkan aku, mak ayahh aku pun rasa nilai RM50 masa tu besar sangat. Rasanya dengan not RM50 ni macam-macam barang boleh di beli.
Kalau aku dapat RM50 ni sekejap aje dah boleh habis. Aku bayar dua perkara saja yang memang bukan untuk kepentingan aku seorang. Aku cuma isi minyak RM30 dan top-up kad touch & go RM20. Tahanlah agaknya untuk 3 hari dengan kereta kelisa aku ni. Habislah duit tu!
Tak banyak mana pun RM50 tu. Tapi bagi yang daif, nilai RM50 itu sangatlah bererti.
Pernah seorang isteri bercerita dengan aku bagaimana dia tegur suaminya "Abang makan seorang boleh habis sampai RM20 seorang untuk sekali makan aje! Saya dengan anak-anak kat rumah boleh makan pagi, tengahari dan malam untuk sehari dengan duit RM20 tu! Itu yang abang kata tak ada duit?". Ini kisah si Ina dalam entry-entry aku yang lepaslah. Suaminya terkantoi bila peramah bercerita tentang makan sedap semasa kerja kontrak di Sabah. Inilah kisah-kisah Ina dulu :
Ada orang yang rasa RM50 tu cukup untuk orang lain guna selama seminggu, tapi dia sendiri boleh habiskan RM50 dalam sekelip mata untuk perkara yang entah apa-apa.
Nak derma kat masjid RM50, banyak tu! Beli selipar buat pergi toilet berharga RM50, tak ada rasa terbeban pun.
4 comments:
Sbnrnya kalau kita pandai guna,cukup...mcm abah EE,gajinya around rm300 tp dia boleh besarkan 9 org anak...tu org lain pelik sgt,wpon hidup x mewah tp ckp la makan x pernah kebulur...Rahsia abah EE cuma satu berserah je kat tuhan after abah EE dah berusaha.
banyak faktor. sekarang ni nilai duit sendiri dah jadi kecik sebab tekanan ekonomi. sekeping rm50 yg tersimpan dalam wallet selama 3-4 hari boleh habis sekelip mata once dah dipecahkan.
Aduhai kak...
RM50 ni memang besar nilainya kalau dulu-dulu tapi sekarang.. tak dapat derr...
Bukan tak berjimat tapi tuntutan keadaan dan ekonomi buat kita tak ada pilihan selain dari menjadi bijak membelanjakannya . Nak jadi bijak dan berjimat tapi sekali isi minyak RM50 tahan tak sampai 3 hari pun huhuhuu walhal pegi dan balik keje je pun
duit jadi besar nilainya bila susah nak dapat. duit bukan segalanya. tapi duit sgt pntg dlm kehidupan...
Post a Comment