iklan

Followers

Pages

Tuesday, 12 April 2011

Segmen bloglist : Aku memang suka berblogging


Terpikat aku dengan gambar comel ni.
Secomel tuan punya blog yang anjurkan segmen bloglist ni.

Aku terbaca segmen ni di blog Anum... jauh tu! Ada di Fukui, Japan

Ada sesipa yang nak join bolehlah ringan-ringankan tangan klik SINI.
Tak nak join pun tak pe, tapi boleh agaknya luangkan masa jenguk blog ni.

Dalila..sedapnya nama!
Gadis ini nak tahu kenapa suka berblogging ni?

Aku memang suka menulis dan bercerita. Aku suka memerhati peristiwa di sekeliling aku yang mungkin pelik dan unik. Mungkin juga sesuatu yang menjadi kenangan manis dan pahit. Maka di blog inilah ingin aku kongsikan dengan korang semua segala kisahnya.

Bukan hanya untuk tatapan korang semata-mata tetapi yang paling penting ianya dapat menyedarkan aku betapa kehidupan kita ini berbeza walau kelihatan sama. Adakala kita suka dengan satu situasi tetapi menjadi kebencian di pihak lain dan begitulah sebaliknya.

Aku menulis dengan perasaan. Mungkin aku tidak sampai ke tahap bijak menulis cerpen apatah lagi menghasilkan sebuah novel tetapi aku memang suka menulis. Mulut aku pun riuh juga sebenarnya bagi yang mengenali aku.

Inilah kenangan yang dapat aku ungkapkan buat anak-anak dan cucu-cucu aku di masa akan datang. Di sinilah kisah yang dapat aku ceritakan buat mereka tentang kehidupan yang penuh onak dan duri. Bagaimana kita harus mengharungi dan menanganinya. Segalanya tidaklah mudah sangat tetapi Insyaallah ada jalannya.

Aku memang agak gila dan taksub bila mengadap komputer. Sebab tu aku lebih gemar bercerita di blog berbanding menulis di atas kertas. Itulah mengapa aku suka berblogging ni.

5 comments:

Isteri Encek Bard said...

kak sangat tinggai impian untuk tatapan anak cucu cucu.. saya pun ada niat cam tu kak, Insya Allah

Puan Kutu said...

yup akk suka menulis.nmpk keikhlasan dlm setiap tulisan akk..:)

LilyGrynn said...

Itulah yang menyeronokkan bila terjah blog ni kerana hari-hari pun ada cerita menarik untuk dikongsi bersama. At least walaupun tak pernah bertentang mata, kenal jugalah dengan insan seperti awak nih..

eqbalzack said...

saya takde FB takpe kak...tapi kalau takde blog payah sket..sebab saya suka membaca..
cuma skrg slow sket sebab dah nak final exam...

Dalila said...

akak pandai menulis ;)

tqvm join my segmen bloglist.

Mane taw akak femes nanti..

hepi berblogging ;)